Home K - Pop “Tak pernah melawat kubur tapi sibuk nak tuntut harta” – Abang Sulli...

“Tak pernah melawat kubur tapi sibuk nak tuntut harta” – Abang Sulli berang sikap tamak ayah

0

Seperti diketahui umum, kedua ibu bapa kepada mendiang Sulli dikatakan mula berperang besar beberapa hari selepas kematian aktres terkenal Korea Selatan itu.

Selepas beberapa bulan mendiamkan diri, abang Sulli akhirnya bersuara tentang sikap tamak bapanya.

Melalui laporan allkpop, Choi Daehee meluahkan rasa marah di media sosial apabila bapanya didakwa tidak pernah sekalipun meluangkan masa untuk menziarahi kubur Sulli.

“Saya nak meratapi kematian Sulli dengan tenang, tapi bagaimana seseorang yang kami gelar sebagai ayah tergamak hanya memikirkan soal harta sedangkan sekali pun dia tidak pernah melawat kubur adik saya itu.

“Jika kita seperti orang asing, tolong kekalkan kehidupan kita sebagai orang asing,” tulisnya.

Menurut laporan sebuah portal, pelakon yang mula terkenal dengan drama The Ballad of Seodong itu dikatakan meninggalkan harta berjumlah RM18 juta.

67

Sulli ditemui mati di kediamannya Oktober lalu akibat bnuh diri pada usia 25 tahun.

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa share dan komen ya. Terima  kasih

Sumber:MStar