Home Entertainment “Tak pernah serik!”, Khloe Kardashian Dicurangi Lagi

“Tak pernah serik!”, Khloe Kardashian Dicurangi Lagi

0

Khloe Kardashian sudah lali dengan perangai bekas kekasihnya, Tristan Thompson yang sentiasa curang dalam perhubungan mereka. Khloe dikatakan terkejut selepas mengetahui bekas kekasihnya itu pernah menghamilkan perempuan lain ketika mereka masih bersama.

6bb6eec5b57b4f888fb627aa29e2ed48 md

Khloe dilihat tidak mampu lagi menahan marah ketika episod akhir, “The Kardashian” yang disiarkan di Disney Hotstar. Dalam episod itu, Kim dikatakan menghubungi Khloe untuk mengesahkan perkara tersebut, dan Khloe membalas,” TT, tak pernah serik nampaknya!!!”.

Kim juga membicarakan pendapatnya kepada Khloe yang Tristan tidak akan berubah walaupun sudah diberi peluang banyak kali.

Sikap Tristan yang mengamalkan seks secara rawak akhirnya telah menghamilikan seorang personal trainer, Maralee Nichols, selepas Tristan mengfailkan dokumen sah bahawa dia dan Maralee pernah melakukan hubungan itu selepas Khloe menyambut ulang tahun Tristan yang ke-30.

Seperti yang dilaporkan, ini bukan pertama kali Tristan melakukan perkara tersebut, malah dia menyebabkan seluruh keluarga Kardashian membenci nya. Kylie Jenner, adik kepada Khloe, pernah mengelar Tristan sebagai “orang yang paling teruk di muka bumi”.

Khloe dan Tristan meneruskan kehidupan sebagai “co-parenting” kepada anak mereka, True, namun tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan.

Sumber:TMZ