Home Video “Tak Sampai Hati Tengok Dia”-Reaksi Wanita India Bantu Pesakit Makan Di Hospital,...

“Tak Sampai Hati Tengok Dia”-Reaksi Wanita India Bantu Pesakit Makan Di Hospital, Buat Ramai Yang Terharu

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok divyasree0605, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berbangsa India menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai tindakan ibunya membantu salah seorang pesakit wanita Melayu yang merupakan penghidap kegagalan buah pinggang. Katanya ibunya sering memberi reaksi sebegitu kerana tidak sampai hati melihat pesakit yang tiada penjaga boleh uruskan pada ketika itu.

Reaksi ibunya membantu salah seorang pesakit wanita Melayu itu juga telah ditular di media sosial baru-baru ini dan mendapat pujian ramai daripada warganet.

Screenshot 2023 08 03 100112

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi ibunya membuatkan orang ramai terharu apabila melihat tiada isu perkauman diantara mereka dan sanggup membantu tidak kira warna kulit, agama dan bangsa. Ada juga yang mendoakan semoga pesakit di sana diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh dari segala penyakit.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 862.2K penonton, 87.4K sukaan dan 7004 komen.

Baca lagi: Tunggu 2 Jam Di Wad Kecemasan Dan Dilayan Kasar Oleh Pihak Hospital, Sekali Ini Tindakan Jabatan Kesihatan

Baca lagi: Guna 4 Bahan Ini Untuk Elak Ular Masuk Ke Dalam Rumah Anda

Lihat klip durasi pendek reaksi ibunya bantu salah seorang pesakit di hospital:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@kanna: cuma minta satu je, Dari ahli² politik jgn pisahkan keharmonian Dan perpaduan hantar kaum pls lah.

@Hajar Razak83: Tq auntie…kat malaysia ni sebenarnye,ramai org yg baik²

@Nott: Tq Auntie …Gaya suap nasi pon dh npk….Letak tgn bwh dagu tu menampakkan kamu tolong suap dgn ikhlas

@Syarifah Ali: Inilah maksud cinta dari hati tk kira warna kulit,bangsa dan agama.May God bless you amma

@sumozee: org India sangat baik,Kalau org susah sediah membantu ,tanpa kira bangsa,agama,Dan negara.im proud to be indian

@EID: cara Aunty suap Dan tadah tangan berderai air mata saya. God bless u Ma

@Actually Maybe: kat hospital memang semua orang macam family, saling membantu, sebab kenal rasa sakit dan kenal rasa tak berdaya buat apa apa

@user6219263205547: Jiran saya.. ante&uncle India..ckp nk makan tosei .capati ..puri. mesti ia buatkan , dpt jiran baik pun 1 rezeki juga

@sinnamahurgena: ramai org baik.. pagi tadi i jumpa kakak tolong i. cuma politik memisahkan kita

@mya: thank u aunty.trm ksh org Malaysia ni sbnrnye baik2.sbb kita dh diajar Dr kecik

@PesanBonda: bukti adab dan kemuliaan bukan pada warna kulit dan bangsa tapi pada hati

@Redzuankarimun: terima kasih orang baik semoga tuhan merahmati auntie dan diberikan kesihatan yg baik

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram