Home New Post Tak Sampai Sehari Kerja Dah Kena Buang, Alasan Diberhentikan Tak Masuk Akal...

Tak Sampai Sehari Kerja Dah Kena Buang, Alasan Diberhentikan Tak Masuk Akal Buat Ramai Yang Marah

0

Sekarang ini kita sedia maklum bahawa susah untuk mencari kerja yang benar-benar sesuai dengan kita dan zaman sekarang adalah zaman yang tidak boleh memilih kerja.

Menerusi klip berdurasi pendek yang tular baru sahaja di tiktok @nariena_, wanita ini meluahkan rasa teramat sedih apabila dia dibuang kerja tak sampai sehari pun bekerja dengan alasan yang diberikan oleh majikan bahawa dia tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan walhal mereka tidak langsung memberitahu skop kerja sebenar. Dia juga menceritakan dengan terperinci kronologi kisahnya dan membuatkan ramai yang turut marah dengan alasan yang diberikan oleh majikan tersebut.

Kronologi : Kedai Emas ni bukak jawatan kosong, saya apply. Mereka call for interview, saya datang. Mereka call saya diterima kerja dengan salary yang dipersetujui, maka harini hari pertama saya kerja.
.
By right, they was so good greeting me. At the first place i thought this was a very good working place, and bear in mind, saya datang kerja sini untuk BANTU TINGKATKAN SALES mereka since i was appointed as Marketing Exec. of course la kita plan ahead untuk grow the company.
.
Tapi, kita merancang Allah juga merancang, tak sampai setengah hari mereka jumpa saya dan cakap nak bg saya percubaan seminggu.
.
Jam 4 petang, mereka jumpa saya lagi sekali dan bgtau saya yang saya tidak mencapai expectation mereka while there’s no jobscope been given. Im mad, sad and shocked. Just a day to judge and reject people. Just as simple as that.
.
Kalau taknak ambik bekerja, jangan bukak tawaran kerja and if saya tidak layak sekalipun reject saja semasa saya interview. Sekarang saya sudah bayar taska anak and i lost my job. Ya Allah.. pedihhhh…
.
Tolonglah jangan simply hire org, and reject mcm tu.. jangan buat org macam takde value..
.
Tolong doakan saya kuat, diberi rezeki lain lagi baik.

Kedai Emas tersebut terletak di Kota Tinggi tetapi tidak disebut nama kedai emas tersebut.

Baca juga : Pernah Diminta Buka Tudung Jika Nak Bekerja Di Korea, Influencer Ini Akhirnya Berjaya Buka Restoran Sendiri Di Sana

Baca juga : Terkedu Dengar Respon Dua Pekerja Bangla Ini Selepas Ditanya Mengenai Pendidikan

Lihat klip berdurasi pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga respon netizen :

@Ninaajer : Diorang yg rugi buang awk sis.. byk2 bersabar ya..

@azza Zain to y : pernah … dh ckp awal sy xpndai full set acc … tp amek keje tetiba suh berhenti sdgkn kita ada komitmen.. mental koyak… tp ape yg itu terbaik…

@ommisu : nk suruh mention nama kedai.moga dipermudahkan segala urusan sis.

@NITA : terasa sakit sampai sini. percaya rezeki Allah itu luas. semoga dipermudahkan segala urusan akak!

@Aznitaaaa : Sebab tu laki aku suruh kerja dekat kota,aku tak nak. Sanggup redah jem ke Jb. Toxic dia mmg tak leh go .

@Nurain M Saleh : percaya lah,Allah akan bagi rezeki lebih besar selepas ni. Awak perlu bersyukur sbb dari awal dah dijauhi dari mereka yg toxic dan hipokrit.

@bunga lily putih : mention je nama kedai yg buat cmni biar takde support dari rakyat..geram plk eh..xpe dik ad rezeki lpas ni.. insyaallah..doa org yg dianiaya ni hebat!

@neeva_thara : you should thank God save you from this kind of toxic work place. simple they don’t deserve you darling

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram