Seorang lelaki di England tidak menyangka sebiji teko rosak yang dibelinya pada tahun 2016 bakal menjadikan dirinya seorang yang kaya raya.
Lapor portal BBC, pengumpul berkenaan membeli teko putih biru itu dengan harga yang sangat murah iaitu 15 Pound (Rm81) dalam sebuah acara lelongan di Lincolnshire.
Namun apa yang mengejutkan ialah dia berjaya menjual semula teko antik berkenaan kepada seorang pembida pada harga 575,000 Pound (RM3.13 juta).
Dia pada mulanya menyangka ia hanyalah teko biasa sehinggalah seorang pakar seramik, Clare Durham memberitahu teko tersebut merupakan barangan ‘super antik’ yang begitu sukar untuk ditemui.
Menurut Clare, wanita itu mengesyaki porselin itu bukan berasal dari United Kingdom namun setelah membuat kajian lanjut, beliau akhirnya menyedari ia adalah hasil tangan Bartlam.
“Teko ‘cabuk’ itu sebenarnya merupakan porselin pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat, kira-kira 250 tahun lalu”
“Ia adalah hasil seni seorang ekspatriat Britain, John Bartlam yang berdagang merentasi lautan Atlantik untuk melanjutkan bagaimana porselin dihasilkan” katanya
Hasil kerja Bartlam dikatkan terlalu bagus membuatkan usahawan tembikar, Josiah Wedgwood berasa terancam kerana perniagaan eksportnya akan terjejas.
Perniagaan Bartlam tenggelam ketika Revolusi Amerika dan hasil buatan tangannya hampir mustahil dijumpai sehingga ke hari ini.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA