Kita telah diajar di peringkat sekolah lagi supaya tidak bersikap rasis atau bersikap pilih kasih dalam berkawan mahupun berjiran dengan mana-mana bangsa.
Baru sahaja tular sebuah video di tiktok di mana wanita ini meluahkan rasa bahagia kerana berjiran dengan bangsa cina yang dikatakan hampir setiap hari menolong dia menyapu daun-daun berguguran di hadapan rumah. Bukan rumahnya sahaja malah rumah jiran lain juga pakcik ini turut membantu. Di ruangan komen ramai yang bersetuju dengan wanita ini kerana dikatakan bangsa cina memang mempunyai hati yang baik.
“yg ni betul…kalo kat area umah aku,jiran aku yg cina siap tolong angkat baju kalo hujan”
“betul cina memang baik”
“saya pun byk buat kerja dgn org cina…baik sangat2…”
“saya sewa rumah dok 3org bujang,sblh umah sy aunty cina..hari2 dia sapu dpn umah dia skli dpn umah sy dia sapu..tq aunty”
“jiran cina sy baik giler… pgi2 bawa biskut bgi anak yg melayu 4tahun sy duk situ nama dia pun tak tahu.. wlaunpun berbeza agama bangsa tp adab die no 1”
“Saya dh 15thn berjiran sblh dgn cina..sgt2 baik kdg2 rsa mcm mak sndiri..sakit pening saya time suami xde dia yg byk tolong..byk sgt la dia tolong”
Baca juga : Bila Anak Sekolah Cina, Gelagat Ayah Ini Yang Semangat Menyanyi Buat Netizen Terhibur
Baca juga : Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Yang Suka Parking Di Hadapan Rumah
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@rohana81 : jiran bngsa apa pun klau dpat yg baik tu kira rezeki kita la tu
@Lulu : saya pun berjiran ngan org cina .semua buat hal masing2..bl jumpa luar rmh we say hi sambil lambai2
@CikPuyu : Alhamdulillah. Kami pun jiran selalu dtg bersihkn tepi rumah kami
@Eric Low : bangsa ape pon klu hati baik org mmg akan baik
@OhYeah Babe : Jiran saya sgt baik juga siap cuci pinggan lps tu cuci pakaian siap jemur lgi. Sekadar dlm mimpi. Anyways happy for sis..Terbaik jiran sis
@Putih : Jiran sy sblh baik siap tlg angkt bju sy bila hujan,simpan parcel sy klu outstation.yg sblh lg india bersihkan koridor rumah..sygg jiran sy
@Safinaz Shamsuddin : pnh berjuang gn cina masa duk flat camtu la corridor dia bersihkam sekali dgn corridor Kita
@JOHOR JIWAKU : Kat msia ni rakyat berbilang bangsa hidup aman. org politik aja pecah belahkan kita
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram