Home Dari Kisah Benar Tak Tahan Didera Bapa Kandung dan Ibu Tiri, sekali Budak 6 Tahun...

Tak Tahan Didera Bapa Kandung dan Ibu Tiri, sekali Budak 6 Tahun Berjaya Larikan Diri

0

Tular sebuah klip video yang merakam seorang kanak-kanak melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan menjadi mangsa dera ibu bapanya di rumah. Menerusi klip video tersebut, menceritakan tindakan kejam dan “jahat” bapanya malah mempunyai bukti yang boleh dilihat di tangan dan bahagian muka kanak-kanak tersebut yang mempunyai kesan-kesan parut akibat kecederaan yang dialaminya.

Baca lagi: “Hang Cakap Tak Elok Muka Hang Jahanam”-Peniaga Wanita Mengamuk Selepas Ditegur Pelanggan

Baca lagi: Tak Keluar Dari Bilik, sekali Aksi Mengamuk Sheila Rusli Terhadap Menantu Raih Tumpuan Ramai

Kanak-kanak yng dikenali sebagai “Waldan” menceritakan bahawa ibunya yang dipanggil sebagai “Mama” telah menumbuk matanya dan ketika itu bapanya sedang bekerja di Melaka.

dera 2

“Lepas tu ayah balik, bergaduh. Sampai ayah campak Waldan…” – Waldan

Beliau juga hanya diberi nasi dan berlaukkan garam, cili dan serbuk lada hitam. Malah, akibat daripada kecederaan yang teruk ini, beliau sudah lama tidak hadirkan diri ke sekolah. Waldan mengatakan bahawa beliau berjaya melarikan diri mengikut pintu dapur dan terus meninggalkan ibu dan adiknya di rumah.

dera 3

Susulan itu, sepasang suami isteri tersebut telah ditahan akibat laporan mendera anak lelaki berusia 6 tahun itu di Bahau, Negeri Sembilan. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol. Superintendan Hoo Chang Hook siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu sehingga kini.

“Mangsa telah dipukul ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, senduk kayu, ditendang dan dirotan…” – Ketua Polis

Tambahnya, tiga lagi adik beradiknya tidak didera dan kanak-kanak tersebut kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah. Bapa kandung berusia 27 tahun yang bekerja di kilang kayu dan ibu tiri berusia 31 tahun ditangkap pada hari sama. Mereka direman untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Lihat klip video di bawah:

@ezzyyll99 KES DERA KANAK KANAK BERUSIA 6 IAITU ADIK WADAN- sedih dengar cerita adik wadan kena d*ra oleh mak bapak , sampai nya hatimu wahai manusia buat kanak kanak macam ni #kesderakanak2 #kesderaadikwadan #adikwadan #kesdera #ezzyyl99 #terkini2023 #viraltrending99 #malaysia #viral #fypシ ♬ Sad and lonely – MoppySound

Lihat apa kata orang ramai:

@fiqah93 shop: Alhamdulillah adik ni bijak pandai ckp…moga adik wadan dan adik beradik yg lain kuat dengan ujian yg Allah beri moga Allah permudahkan urusan wadan.

@Mai Zura: ya allah … sebaknya bila wadan bercakap….semoga wadan membesar dgn sihat dan sentiasa dilindungi.wadan anak yg bijak.nak sangat auntie peluk wadan

@pinky_lovely: ya allah..menitis air mata dngar story ni..ya allah bg kekuatan pd adik ni..slmt kan adik ni..ya allah..sedih nya….jng lah lakukn pd ank yg soleh ni

@msn_nfw: allahukahbar.. semoga adik Ni dpt hidup dgn tenang lepas nie.. jaga laaa adik Ni baik2 wahai penjaga yg baru n didik laaa dia jd org yg Berjaya .

@zaviah ismail: kesian adik wadan tolong la ibu kndung dia jaga adik wadan sebelum
di cderakn lbih teruk.

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.