Home Video Taktik Curi Duit Peniaga Tak Menjadi, Pelanggan Arab Kantoi Selepas Pura-Pura Tanya...

Taktik Curi Duit Peniaga Tak Menjadi, Pelanggan Arab Kantoi Selepas Pura-Pura Tanya Jenis Warna Duit

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok hilmiburgerpetakdotmy, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki berkongsi cerita di mana beliau baru sahaja telah menghalau pelanggan ‘Arab’ yang cuba untuk mencuri duit meniaganya selepas diminta ingin melihat setiap jenis Ringgit Malaysia. Lelaki ini mengatakan itu adalah taktik mereka yang berpura-pura tidak mengenali jenis Ringgit Malaysia dan ingin melihat duit hasil meniaga dengan lebih dekat.

Beliau juga meminta kesemua peniaga dan netizen untuk berhati-hati jika temui orang sebegini di tempat awam.

Screenshot 2023 09 13 101914
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada orang awam dan tindakan pertama ‘mereka’ ini akan berpura-pura menanyakan tentang warna duit Ringgit Malaysia, seolah-olah tidak mengenalinya. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah mengalami perkara sebegini, serta meminta orang ramai untuk berhati-hati dan mendoakan semoga kita dilindungi dari perkara yang tidak diingini.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 32.2K penonton, 1019 sukaan dan 123 komen.

Baca lagi: Hampir Disamun Dan Kereta Hampir Dicuri, Orang Ramai Dinasihatkan Untuk Lebih Berhati-Hati

Baca lagi: Motosikal Kena Sita, Reaksi Abang FoodPanda Dibiar Jalan Kaki Jadi Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek perkongsian lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video klip dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Norman Sanip15: saya pon dh kena scam kat tanjung malim ,,, ditanya macamana warna duit 100,,,,dh tau buat x layan

@AtukAtuk 70: Saya pn pernah kena kt Tol Sungai Dua…dia nk tenguk dompet sya…tapi sya tak layan…dia pn belah..

@Kasut Merah Merah: bang next time kena photostat duit tu bila dia minta bagi yg photo copy,lps tu kita buat buat blour..

@SofiaHani: minggu lepas kt meru klang pon ada kes cmni bang. org arab juga. kes sama konon nk tgk duit. ada juga yg kena pukau dgn dorg ni. habis duit jualan.

@AZIZ ISHAK255: berhati hati semua.semoga Allah melindungi kita dari perkara yg tak diingini.

@nasir: tapi mcmane die blh ambk duit dari tangan kite..patutnye kt situ kite dh agak dh org tu nk buat sesuatu..

@Jet Discovery: klu tunjuk bagi lah selai² baru lah bleh nmpak dia rembat ke tak.. lagi mudah. kita layan dgn akal kita..

@Irwan Zahuri: haritu dia ada kat subang bestari. dia panggil saya masa saya tunggu anak sekolah

@Zaiton1955: ya betul anak acik bekerja fisebuah farmasi.ada 2 org danseorang kanak2.kena sebiji macam ni .pekerja semua lady dapat kat depa la.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram