Drama siri Korea fantasi, Tale of the Nine Tailed 1938 telah berjaya mencuri perhatian para penonton dengan jalan cerita unik dan sangat sukar untuk diteka.
Tambahan pula setelah penayangan episod terakhirnya baru-baru ini, drama siri ini memberikan banyak detik yang sangat terkesan yang membuatkan para penonton susah untuk beralih dari drama fantasi ini.
Berikut ini merupakan beberapa detik ataupun momen paling berkesan dari ending Tale of the Nine Tailed 1938. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. Kemunculan Lee Yeon (Lee Dong-wook) sebenar era 1938 menjadi adegan yang paling tidak dijangkakan sekaligus membuat para penonton teruja dan sangat terkejut, setuju?
2. Selalu dianggap menjadi Gumiho yang lemah kerana berasal daripada gabungan ras campuran, Lee Rang (Kim Bum) ternyata rupanya mempunyai kekuatan yang tersembunyi
3. Benar-benar menjadi contoh teladan, adegan pertarungan habis-habisan antara Sunwoo Eun-ho (Kim Yong Ji) membuatkan para penonton sangat berpuas hati
4. Akhirnya ekor Gumiho yang memperlihatkan betapa besar kekuatan Lee Yeon muncul juga di ending. Kehebatan Lee Yeon nampaknya berlipat kali ganda!
5. Setelah para penonton merasa dilema tentang kawan atau lawan, Ryu Hong-joo (Kim So Yeon) memutuskan untuk menyokomg Lee Yeon kembali ke asalnya
6. Berjaya juga membuat para penonton terharu, Cheon Moo-yeong (Ryu Kyung Soo) akhirnya tersentuh dengan ketulusan hati Lee Yeon dalam persahabatan mereka
7. Untuk adegan ini para penonton pasti menitiskan air mata. Perpisahan Lee Rang dan Lee Yeon membuatkan penonton sama-sama bersedih!
8. Ending yang paling memuaskan ketika melihat ketiga-tiga sahabat bekas dewa gunung ini kembali bersatu dan berjuang untuk melawan musuh
9. Di pengakhiran “Tale of the nine tailed 1938”, penonton akan tersenyum sendiri dan puas dengan pertemuan Lee Yeon dan Nam Ji Ah (Jo Bo Ah). Sangat manis!
Drama siri Tale of the Nine Tailed 1938 memang berjaya menjadi drama siri fantasi tahun 2023 yang menghadirkan nuansa lebih segar sehingga penontonnya benar-benar terhibur. Mari kita berharap musim ke-3 nanti , kita dapat melihat semula gandingan hebat mereka dalam era Joseon pula ya!
Baca lagi: Tale of The Nine Tailed 1938 Mengucapkan Selamat Tinggal
Baca juga: Tale of The Nine Tailed Bakal Akan Ada Musim 3