Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok honeynurhaliza, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan tindakan suami isteri memberi bantuan kepada seorang lelaki yang dikatakan sedang menjaga 5 orang anak dan isterinya juga telah meninggal dunia 8 bulan yang lepas. Wanita ini mengatakan kanak-kanak ini mempunyai 5 orang adik beradik, di mana 3 orang normal dan 2 orang lagi merupakan OKU. Sedikit sebanyak suami isteri ini memberi bantuan dari segi barang keperluan dan barang dapur untuk meringankan beban si bapa.
Beliau juga mengatakan berasa sebak apabila melihat reaksi kanak-kanak ini ketika singgah ke rumahnya untuk memberi bantuan.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi kanak-kanak ini sememangnya membuatkan orang ramai sebak apabila memikirkan keadaan mereka yang tidak dapat kasih sayang seorang ibu lagi. Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada suami isteri ini kerana membantu mereka, serta mendoakan beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 670.6K penonton, 24.8K sukaan dan 545 komen.
Baca lagi: Pernah Tular Tegur Isteri Dalam ‘Live’, Sekali Respon Influencer Ini Beri Buat Ramai Tak Sangka
Baca lagi: “Senang Sikit Tolak Lantai Pun Tak Rosak”-Tempat Angkat Tong Gas Ini Buat Ramai Tertarik
Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini selepas dapat bantuan:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Blessed wife & mom: sedihnyee tgk…bila ibu yg da xde,nmpk kosong rumah tu..semoga ayah nye dpt menjaga mereka sebaik nye
@Insan_biasa: Hebatnya akak suami isteri. Moga Allah balas rezeki seluas lautan
@Aini: kadang nk mintak bantuan terlalu banyak prosedur yg kena lalui sis.
@Jai Bukan Nama Sebenar: Sy pn bapa tunggal kematian isteri 3 anak kecik² lg..waktu arwah isteri yg no 3 baru 2 bulan..struggle nk urus yg baby pastu yg sulung nk msuk pra sek
@Feeza Nor _Ventures: Klu aku dekat , nak je bwk lah anak2 tu semua pergi gunting rambut diorg.. kemaskan diorg
@Amazinggo: dlu mase aku sekolah.. mak abah selalu pesan kalau nampak kawan minum air paip dan tak mkn waktu rehat cepat2 bgtahu cikgu. lama2 aku paham sebabnya.
@CikPuanEida: betul..hilang kasih seorang ibu itu lebih berat Dr hilang kasih seorang ayah.
@Mama ranggo: alhamdulillah terima kasih org baik..kesian mereka kecil lg tak faham apa2
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram