Home Kdrama/Kmovie Tarot, Filem Omnibus Korea yang Brutal dan Mencengkam

Tarot, Filem Omnibus Korea yang Brutal dan Mencengkam

0

Filem seram Korea Selatan “Tarot” telah pun ditayangkan di pawagam pada 14 Jun 2024 lalu. Tarot membawa penonton ke dalam dunia misteri yang gelap dan menegangkan. Dibintangi oleh Jo Yeo-jeong, Go Kyu-pil, dan Kim Jin-young atau dikenali sebagai Youtuber Dex.

Diarahkan oleh Choi Byung-Gil, filem berdurasi 94 minit itu ialah sebuah filem omnibus (kumpulan filem pendek) yang terdiri daripada tiga cerita yang digabungkan menjadi satu filem. Setiap bahagian berkisar tentang seseorang yang mencari kad tarot secara rawak, mesti menghadapi ketakutan dan kebimbangan mereka sendiri, dan akhirnya mengalami beberapa siri nasib malang.

Tarot

Cerita pertama “Santa’s Visit” berpusat di sekitar ibu bekerja Ji-woo (Cho Yeo Jeong) yang terpaksa meninggalkan anak perempuannya di rumah pada hari Krismas.

Episod kedua “Going Home” mengikuti kisah suami curang dan ahli perniagaan Kyung-rae (Ko Kyu Phil) yang terpaksa menaiki teksi yang menyeramkan pada lewat malam.

Filem ini berakhir dengan episod “Delivery Call” yang dibintangi oleh Kim Jin Young atau DEX dari Single Inferno sebagai Dong-in, seorang pemandu penghantaran veteran yang menemui pengalaman pelik semasa bekerja. Misteri gelap antara penghantar dan penerimanya (seorang wanita pelik) yang taksub itu dibalut dengan cerita yang menegangkan, membuatkan penonton terkejut dengan kisah di akhir filem itu.

Ketiga-tiga watak Ji-woo, Kyung-rae, dan Dong-in mempunyai beberapa persamaan. Mereka secara tidak sengaja terjumpa kad tarot, dan tiada seorang pun daripada mereka mendapat pengakhiran yang bahagia.

Setiap episod berakhir dengan penerangan ringkas tentang kad tarot terbalik, yang menerangkan sebab watak-watak itu akhirnya menerima nasib yang tragis.

Diantara ketiga-tiganya, “Going Home” dan “Delivery Call” menjadi kegemaran peribadi. “Going Home” ceritanya menegangkan dan menggabungkan sedikit “dark comedy”. Manakala “Delivery Call”, menawarkan nuansa yang cukup gelap, saspen dan mengerikan!

Walaupun begitu, setiap cerita mempunyai mesej tersirat. Tarot berjaya mencipta suasana tegang dengan setiap “plot twist” menambahkan lagi ketegangan dan misteri!

Baca lagi: Tarot, Filem dan Drama Korea Omnibus Memaparkan 7 Kisah Pendek Seram Misteri
Baca juga: 8 Drama Korea Julai 2024, Dari Genre Thriller hinggalah Komedi