Tayar kereta hilang semasa meletakkan kenderaan seringkali berlaku di beberapa tempat terutama di tempat-tempat yang sunyi dan gelap.
Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman tiktok @mspetite__ di mana dalam video berkenaan menunjukkan sebuah kenderaan jenis Myvi didapati hilang tayar pada bahagian hadapan dan belakang belah kiri kereta tersebut. Menerusi video tersebut dapat dilihat kereta tersebut meletakkan kenderaan betul-betul di kawasan yang gelap dan menjadi punca tayar tersebut dicuri.
Di ruangan komen ramai yang menyuruh wanita tersebut untuk memasang special lock nut tayar bagi mengelakkan tayar dicuri pada masa akan datang.
“beli special nut, pasang sebiji setiap tayar. ade duit lebih pasang setiap tayar. tools bukak special nut tu simpan dlm kreta. senang nak cari”
“beli special lock nut tayar .. tapi kalau hilang hmm pening kepala”
“Cari kt shopee special locknut anti theft dia ada 4lock. Setiap rim pakai 1 je makesure lock dia jgn hilang jgn letak merata”
Baca juga : “Bila Dh Terdesak Tak Kira Ada Cctv Ke Apa”-Tayar Hilang Lepas Keluar Dari Bertam Waterpark
Baca juga : Tayar Kenderaan Berambut, Ramai Belum Tahu Fungsi Sebenar Nya
Lihat klip rakaman di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@nadia : Zaman skrg org dah tak bpe mampu nk beli tayar kereta dah
@shazarul : rim standard pun kena kebas
@Sancorn : boleh try type hesoyam,insyaallah muncul balik tayar tu serious pernah try dlu time kecik2
@JXLY : boleh bawak lagi tu awak , bawak kena pusing kanan hbis ..
@Syed Adlishah : kalau tgk FB rim myvi ori mahal gak…dlm rm650-rm750 4 rim sekali tyr..beli special nut sis
@maisara : ya Allah.. Dari kejadian ni aku buat pengajaran utk aku sendiri.. penting ya special lock nut tayar tu.. semoga di permudahkan segala urusan ya sis
@Aimanazimm : Nak hati2 pon taktahu mcm kak..takkan nak lepak kena cabut tayar
@Mohd Shukri : mesti akak tekan minyak kereta tk jalan kan..pastu kluar tengok tayar takde
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram