NIAT sekumpulan remaja lelaki melakukan aktiviti ‘hiking’ di Bukit Perangin, Changlun, Kedah terpaksa dilupakan apabila mereka menyaksikan beberapa buah kereta yang sudah ada di kawasan parkir menjadi mangsa khianat oleh individu yang tidak ketahui.
Dalam kejadian pada Ahad itu, beberapa kenderaan yang diletakkan di tempat tersebut ditoreh pada bahagian tayar.
Dalam video berdurasi kurang seminit tersebut kedengaran suara si perakam meminta orang awam untuk lebih berhati-hati untuk ke lokasi kejadian.
Malah, kedengaran suara seorang lelaki dipercayai mangsa mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan ekoran terlalu marah melihat situasi tersebut.
“Orang datang baru nak ‘healing’ sampai pagi sudah jadi macam ini. Ini memang tak baliklah ini, macam mana nak balik dengan keadaan macam ini,” jeritnya.
Difahamkan, kawasan tersebut merupakan lokasi biasa bagi pengunjung untuk meletakkan kenderaan sebelum mereka mendaki Bukit Perangin.
Namun, kawasan itu juga seringkali menjadi sasaran individu yang tidak bertanggungjawab.
Melalui perkongsian awal yang dikongsikan seorang individu di aplikasi WhatsApp, kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama terjadi.
“Kawasan ‘panas’ ini, memang ramai yang sudah terkena. Dulu lagi teruk, habis semua cermin kena pecah. Pemilik kenderaan hanya mampu balik menangis. Kalau jumpa sapa dalang elok hantar balai polis terus,” katanya.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mangsa ataupun pihak berkuasa. — Majoriti
Baca juga : Bantu Uncle Tukar Tayar Di Tepi Jalan, Kata-Kata Uncle Ini Pula Raih Perhatian
Baca juga : Tayar Terkena Paku Di Jalan, Dikatakan Kerja Khianat Budak2 Tepi Highway
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@myloverekindled : Biasa yg buat mcm ni nak tunggu peluang buat duit ; parking berbayar. Sekadar palatao hehe
@darkweebz : Kalau tak pmx, ni mesti salah dap..Papepun mmg sial laa sape yg buat ni.. tak rasa ke yg buat ni mana2 bengkel tayar berdekatan? Ke mmg confirm da salah pmx dan dap fkkk
@mohamednasren : Orang kedah sempoi2 kot takkan nak buat lagu nih? The greater kedah, hero Malaya. Mesti orang Penang yang mai dok toreh taya
@azfa5071 : Ni biase intro citer horror mat saleh. Jangan stay sampai malam. Gerak cepat mat
@BBertawakal : Dah kena musibah pun masih nak fitnah…memang geng2 bodoh mcm ni!!!!
@me_fara : kemon la benda benda mcm ni masih nak campur hal politik ker. tak ada common sense langsung ker.
@hadrizal : Ckp jgn mcm org bodoh dik..org lain yg toreh apa kena mengena. Ngan madani..biar muka tak hensem tp hati dan akal jgn hitam dan d penuhi taikk
@amirul : Aku rasa ni modus operandi la. Tayar dia kasi toreh, pastu nanti confirm kereta akan ditinggalkan untuk sementara, haaa apa lagi ada la benda kena curi nanti tu
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram