Home Entertainment Taylor Swift Melancarkan 4 Lagu Baru Untuk Konsert The Eras Tour

Taylor Swift Melancarkan 4 Lagu Baru Untuk Konsert The Eras Tour

0

Taylor Swift membuat kejutan apabila penyanyi tersohor itu melancarkan 4 lagu baru menjelang konsert ‘The Eras Tour’

Taylor Swift bakal menggegar dunia hiburan melalui konsert yang dikenali sebagai The Eras Tour bermula 17 Mac 2023 hingga 9 Ogos 2023. Konsert jelajah ini dimulakan di Arizona dan seterusnya siri jelajah dilanjutkan ke kota-kota besar lain di sekitar Amerika Syarikat.

Buat masa ini siri jelajah antarabangsa dan Asia akan diumumkan dengan segera melalui akaun Instagram penyanyi popular itu. Ramai peminat di seluruh dunia menantikan konsert jelajah penyanyi berbakat besar ini!

EA36EB52 3447 4133 B83A 0B5ECE05CDB5

Dalam rangka merancakkan promosi The Eras Tour, penyanyi lagu “Enchanted” ini juga turut melancarkan empat lagu baru!! Pelancaran lagu-lagu baru ini sebagai tanda meraikan The Eras Tour.

Baca Lagi: 9 Filem Paling Banyak Menang Oscar

Setelah album Midnight menduduki tangga ke-10 pada Hot Billboard, Taylor Swift dengan gembira mengumumkan pelancaran empat lagu yang belum pernah didedahkan sebelum ini. Pengumuman itu disampaikan oleh penyanyi itu menjelang beberapa jam sebelum memulakan The Eras Tour.

Dalam meraikan The Eras Tour, saya melancarkan empat lagu baru buat anda semua, nantikan tengah malam ini” kata Taylor Swift melalui sebuah hantaran di laman Instagram, pada 17 Mac 2023.

Daripada keempat-empat buah lagu tersebut, salah sebuah di antaranya merupakan OST Hunger Games yang dirakam semula dengan tajuk “Safe and Sound”. Pada awalnya ramai peminat membuat spekulasi bahawa keempat-empat lagu tersebut merupakan hits dari album Midnight.

DE666E7F 0230 4E40 A10D B27F9BF165E5Namun, ternyata keempat-empat lagu baru tersebut sebenarnya berasal dari tiga era album yang sudah berlalu iaitu Lover (2019), Red (2012), dan Speak Now (2010), dan sebuah single yang dirakam semula dan juga merupakan OST Hunger Games.

Empat lagu tersebut adalah “Eyes Open (Taylor’s Version)”, “Safe & Sound feat the Civil War (Taylor’s Version)”, “If This Was A Movie (Taylor’s Version)”, dan “All of The Girls You Loved Me Before”.

Salah sebuah lagu pernah dibatalkan pelancaran

Sebagai seorang karyawan yang puitis dan sering meluahkan curahan hatinya melalui lagu, Taylor Swift melancarkan keempat-empat buah lagunya yang penuh dengan kisah hidupnya.

Contohnya All of The Girls You Love Me Before, Sebelum sempat mengumumkan pelancaran lagu tersebut, ternyata lagunya sudah bocor ke alam maya, terutamanya di laman TikTok dan menjadi hits buat seketika. Lagu yang dicipta oleh Taylor Swift ini sebelum itu dirancang untuk disenaraikan ke dalam single untuk album Lover (2019). Sayangnya, lagu itu dibatalkan pelancaran bersama Lover (2019).

179ADDDA D69F 4C30 9952 B0E9B1654DE7

Selain itu, All of The Girls You Loved Me Before dirakam dan dicipta setelah Taylor Swift keluar dari Big Machine Records sebagai pemilik penuh keatas setiap karya lagunya. Maka, lagu ini tidak menggunakan tajuk ‘Taylor’s Version’ di bahagian belakang.

Sementara itu, lagu “Safe & Sound” merupakan karya duet Taylor Swift bersama kumpulan muzik the Civil Wars yang dilancarkan pada tahun 2011. Seterusnya adalah “Eyes Open” yang masih berkait dengan era album Red, album The Hunger Games: Songs From District 12 pada Disember 2011 dan Mac 2012.

Lagu If This Was A Movie menjadi lagu pertama dalam album Speak Now yang dilancarkan dalam bentuk rakaman semula (re-recording) dengan label Taylor’s Version. Versi pertamanya sendiri dilancarkan dalam versi Deluxe pada tahun 2010.

C1D803AA 5F79 44B5 982D 4693F55D0997

Pengumuman tengtang kosert jelajah Taylor Swift iaitu The Eras Tour menjadi buah tangan dan satu fasa segar buat para Swifties (peminat Taylor Swift). Apa tidaknya, The Eras Tour merupakan konsert jelajah pertama dan terbesar buat penyanyi Lovers ini setelah konsert terakhirnya yang iaitu ‘Reputation Tour’ pada tahun 2018.

Gemerlapan The Eras Tour juga tidak hanya menampilkan suara emas Taylor Swift sahaja tetapi turut menampilkan beberapa orang artis ternama yang akan turut mewarnai komsertbjelajah tersebut seperti Paramore, beabadoobe, Phoebe Bridgers, girl in red, MUNA, HAIM, GAYLE, Gracie Abrams dan juga OWENN.

Baca Juga: Lee Yi Kyung Ditawarkan Kdrama Terbaru Berdasarkan Siri Webtoon

Jom dengarkan lagu-lagu baru yang telah dilancarkan oleh Taylor Swift:

“All Of The Girls You Loved Before”

“Safe & Sound (Taylor’s Version)”

“Eyes Open (Taylor’s Version)”

“If This Was Movie (Taylor’s Version)”