Penyanyi Taylor Swift disenaraikan sebagai selebriti yang memiliki pendapatan tertinggi pada tahun 2019.
Menurut laporan Forbes, penyanyi berusia 29 tahun ini meraih pendapatan AS$185 juta (RM761 juta), meningkat sebanyak 131 peratus berbanding tahun lalu iaitu hanya AS$80 juta (RM330 juta).
Bintang sensasi Kylie Jenner pula meraih pendapatan sekitar AS$170 juta (RM700 juta), naik satu tangga berbanding tahun lalu.
Malah, anggota keluarga Jenner yang lain turut berada dalam senarai 100 selebriti memiliki pendapatan tertinggi di dunia.
Kedudukan ketiga pula diraih penyanyi Kanye West AS$150 juta (RM616 juta), manakala isterinya Kim Kardashian berada di tangga ke-26 iaitu sebanyak AS$72 juta (RM296 juta).
Penyanyi bersuara emas, Ed Sheeran boleh berbangga di tangga keempat dengan pendapatan sebanyak AS$110 juta (RM452 juta).
Sementara itu, pasangan penyanyi Jay-Z dan Beyonce Knowles berada di posisi ke-20 dengan pendapatan kasar sebanyak AS$81 (RM333 juta).
Kumpulan BTS merupakan satu-satunya penyanyi dari Korea Selatan yang turut tersenarai dalam 100 selebriti dengan pendapatan tinggi iaitu sebanyak AS$57 juta (RM234 juta).
Boyband ini berada di tangga ke-43 sebaris bersama Bradley Cooper, Adam Sandler dan Pink.
Sedikit info tentang BTS
Fenomena terbesar dunia yang berasal dari Korea Selatan, BTS yang kini menjadi ‘band boy’ paling berpengaruh besar di dunia selepas melakar pelbagai rekod dan sejarah baharu sepanjang perjalanan mereka dalam dunia muzik.
Baru-baru ini, BTS menjadi artis kumpulan pertama yang berada di tangga teratas dalam carta Billboard 200, menguasai ketiga-tiga album mereka dalam pada satu masa dan sekali gus memecah rekod The Beatles yang selama ini mengambil masa 11 bulan untuk mencapai rekod tersebut.
Kejayaan BTS dalam menjadi selebriti yang sangat berpengaruh bukan merupakan sesuatu yang baharu, namun ia mempunyai perbezaan di antara menjadi kumpulan yang berpengaruh besar dan juga satu ikon.
Lalu, kenapa pengumuman kerajaan untuk membawa BTS ke Malaysia disambut dengan rasa kurang senang, marah dan tidak puas hati dalam kalangan sesetengah pihak?
BTS bukan sekadar komoditi eksport dari Korea ke mata dunia semata-mata, sebaliknya, ada nilai yang jauh lebih tinggi daripada itu dalam kumpulan itu yang harus diteroka.
Mereka dianggap sebagai ikon dunia selepas memenangi kategori Artis Sosial Terbaik dalam Anugerah Muzik Billboard selama tiga tahun berturut-turut dan yang terbaru pada tahun ini.
Selain pencapaian anugerah yang dikecapi BTS, mereka juga merupakan satu-satunya artis Korea yang telah meraih jumlah tontonan sebanyak 450 juta untuk sebanyak enam klip muzik video di laman YouTube.
Yang terbarunya ialah klip muzik video “IDOL” yang menjadi klip muzik video terpantas untuk mencecah sebanyak 450 juta tontonan dan ia merupakan muzik video keenam BTS untuk mencapai jumlah itu selepas lagu ‘DNA’, ‘Fire’, ‘Fake Love’, ‘MIC Drop (Steve Aoki Remix)’ dan ‘Dope’.
Ada apa dengan BTS?
Pastinya ramai yang tidak dapat menafikan bahawa gaya dan personaliti merupakan sesuatu yang penting dalam pembawaan sebagai imej selebriti.
Jika dilihat pada setiap aspek di dalam genre K-pop, sudah tentu ramai yang dapat melihatkan imej artis BTS ini mempunyai keunikan sendiri seperti contoh fesyen yang dibawakan, seni koreografi dan keunikan klip muzik video mereka.
Kumpulan Bangtan Boys lebih fokus kepada topik yang berkaitan dengan kehidupan sosial seperti kesihatan mental dan aspek populariti mereka telah menjadi pengaruh selain daripada industri muzik.
Salah satu teori popular yang berkaitan dengan BTS ini ialah muzik mereka lebih cenderung kepada introspektif iaitu menumpukan kepada fikiran dan perasaannya sendiri, emosi dan penyesuaian yang sering memacu industri K-pop.
Antara yang menjadi sumber inspirasi, BTS turut bercakap tentang kempen ‘Love Myself’ yang dilancarkan dengan hasil kerjasama UNICEF dan memberi tumpuan kepada pendidikan global dan pencegahan keganasan terhadap remaja.
“Tidak kira siapa anda, di mana anda berasal, warna kulit anda, identiti jantina anda – hanya bercakap dengan diri sendiri,” katanya.
“Kenali siapa diri anda dan kenali suara anda dengan bercakap dengan diri sendiri” antara petikan yang diucap oleh RM.
BTS mempunyai nilai kekayaan yang tinggi
Jika ingin dibandingkan dengan pelbagai artis Korea Selatan, BTS juga dikategorikan sebagai artis yang mempunyai nilai kekayaan yang tinggi dan secara tidak langsung telah banyak berjasa dalam menjana ekonomi di Korea.
Bagi tahun ini, nilai kekayaan bagi BTS sahaja dianggarkan melebihi AS$57 juta (RM234 juta).
Setiap ahli kumpulan terkenal ini mempunyai nilai kekayaan di antara AS$8 juta RM33.1 juta) hingga ke AS$10 juta (RM 41.5 juta) di mana RM dan Suga yang memiliki jumlah AS$10 juta (RM 41.5 juta) kerana mereka merupakan penulis lagu BTS.
Sumber utama pendapatan untuk band boy terkenal ini tidak lain tidak bukan hasilnya daripada kerjaya mereka dalam dunia muzik sendiri, hasil jualan barang produk mereka sendiri sangat menerima sambutan yang tinggi.
Jika BTS mengekalkan popularitinya, mereka dijangka menjana nilai ekonomi 41.8 trilion won (RM202 billion) dalam tempoh 10 tahun akan datang, tambah mereka lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing
Sumber: mstar.com.my & gempak.com