Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok khairulahzam78x, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki membuat satu klip durasi pendek di mana beliau tunjuk situasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 May 2023 sekitar jam 9 pagi semalam. Beliau meminta pihak TBS untuk menaik taraf dan memudahkan pelanggan-pelanggan lain menaiki bas tanpa mengambil tiket. Beliau juga mengatakan keadaan itu terlalu ramai dan ada juga pelanggan yang tertinggal bas disebabkan mereka wajib mengambil tiket sebelum menaiki bas di kaunter walaupun dibeli secara online.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan bersetuju dengan apa yang beliau katakan serta meminta pihak TBS untuk menaik taraf di kaunter tiket yang telah dibayar secara online. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah menghadapi perkara yang sama di sana. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 192.5K penonton, 8698 sukaan dan 596 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Kepada TBS mohon upgrade sistem tak pasai-pasai ramai yang tertinggal bas walaupun tiket dah beli”
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@N.M. Hilmi: guna apps tbs je bang.. trus tahu platform ape smua. scan qr code dr phone je. tak perlu tukar tiket… lama da guna cara mcm tu
@oyott: tulr pasal same je nk scan qr Pon kna bratur jgak kna tiba line tenet slow ke or hbis ke pstu nk plak beli tenet kat kedai kwasan situ offline nangis
@Murzani Zenitsu: apps tbs ada dah, org tak nak pakai sebab kena charges lebih 2 ringgit,tpi drpd beratur mcm tu, baik byr 2 ringgit hahaha
@NANA : Tau x pe. Nk jgk kena print tiket sme je mcm beli bratur
@Tony Stuck: Sama mcm tabung haji bang, dh register online utk daftar anak, pi cawangan tgk2 ken beratoq tgu lg 2 jam. Buat la satu kaunter utk yg register online
@Pujangga Kesepian: member saya lagi kesian bang , wktu dia mai tu tkjut ramai gila ,pstu sakit perut , nasib baik ad org baik ksi ptg line
@alep: belum cerita tempat drop off point sesak macam mana dengan satu lane
@Double N: tbs ni sama dgn terminal 17 shah ale. guna apps dia sendiri, abang yg tak cakna kot dah bertahun dh ..tbs dh ckup canggih dh sistem, pengguna je hmm
@NantiAkuPikirNama : redbus pn tetap kna printt tket nyahh,dh kena bulan lepass,ingt blh scan pakai apps redbus jee
@putr11__: adik aq hrini je terlps tiket mmg biasa beli online tpi hrini die terlps sbb beratur pnjang nk print tiket
PERHATIAN: Pihak Daebakinng tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram