Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nurariffammar, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki berkongsi cerita pengalaman beliau berada di sebuah restoran di mana makanan yang didapatinya mempunyai serangga. Oleh itu, beliau memberitahu pekerja tersebut untuk mendapatkan makanan baharu tetapi lain pula jadinya.
Apa yang dikatakan oleh pekerja itu mengatakan makanannya tidak dapat mereka beri dengan penuh, malah hanya dapat separuh daripada makanan tersebut.
Netizen turut memberi komen mengenai respon yang diberi oleh pekerja tersebut, mengatakan perkara ini sering berlaku dan bukan sahaja di gerai malah restoran terkenal juga seperti itu. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Netizen juga minta lelaki ini untuk buat aduan kepada pihak kesihatan kerana tidak menjaga kebersihan.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 126.7K penonton, 2395 sukaan dan 245 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Ada lalat dalam makanan aku. Aku nak panggil dia suruh minta tukar, lepastu ibu aku kata baik-baik;”pergi kaunter sana, jangan malukan kedai, jaga air muka dorang depan customer lain, nanti customer lain takda selera nak makan”
“Aku pun ok la, nak pergi kaunter minta tukar, tiba-tiba dia cakap; “kalau nak tukar, TAK DAPAT PENUH LA”. Kau ingat aku selera ke nak makan sampai separuh kalau tau memang ada lalat? ayat tu elok sikit, aku nk jaga air muka kedai kau, tiba-tiba cakap macam tu?”
“Masa kau hidangkan air pun ada rambut dalam kopi ayah aku, kau hidang nasi ayah aku pun ayam tergolek atas meja lepastu kau masukkan semula dalam pinggan. Pastu kau suka hati je pegang telifon aku as customer time nak hidang makanan. Tu semua boleh je aku senyap, tiba-tiba minta tukar, kau bagi ayat gitu? panas mat tetiba..punya la nak jaga nama kedai dia and selera customer lain.. F&B mana-mana pun, kalau ada silap, dorang akan ganti makanan secara keseluruhan la, bukannnya tukar tak penuh”
Lihat klip durasi pendek lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@cikma:sy penah ad pglmn tp bkn kedai nie la.. mkn nsi goreng, lg bape suap nk hbs, tibe di sebalik nsi tu ada ulat smpah gerak² dgn gumbira, trs benti mkn
@denuy:betul broo..kalau kedai lain tokey siap ganti baru dan minta maaf dgn ayat yg sopan..
@Alwani: xpyh nk viral..ambik gambar kjadian. gmbar kedai skli dn laporkn pda jabatan ksihatan kn ade no aduan.
@Mohd:ownee kedai mcamni,jawapnya lerap meja xyah cite banyak…
@mamabulat:sy pnh kena cm nim..kdai kt lain..oder spageti carbonara untuk anak..egtk cndwan dlm tuu upenye lalat hijau..tkr yg lain dpt ank lps plk
@SURIadie:sy pnh dpt mee sup kt rnr ada lalat sekor.gi bawak kaunter dia nk ganti yg baru. tp sy xnk, sy minta duit balik.. mmg x lah nk mkn makanan dia lg geli
@SyaaMurad:Saya pernah panggil slow bagitau kak ada lipas ni, dia boleh bantai “ohh lipas” kuat kuat tapi kedai mcm ni gi mengadu jeh kat kkk.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram