Home Video Tengah Kira Duit Salam Kaut, Wanita Ini Terkejut Tengok ‘Duit Jenis Baru’...

Tengah Kira Duit Salam Kaut, Wanita Ini Terkejut Tengok ‘Duit Jenis Baru’ Ini

0

Duit salam kaut merupakan suatu adat yang sering kita gunakan apabila adanya majlis kahwin di mana duit salam kaut akan diberikan kepada mereka yang banyak mengeluarkan duit.

Menerusi klip berdurasi pendek yang tular di tiktok @jihaaaa98, dapat dilihat situasi pemilik rakaman yang sedang mengira duit salam kaut dan dia terkejut apabila melihat terdapat wang yang dilukis hampir sama dengan wang yang sebenar. Situasi itu sebenarnya agak menghiburkan kerana masih ada lagi orang yang sanggup berbuat demikian semata-mata kerana ingin memberi duit salam kaut. Di ruangan komen pula ramai yang bersuara mengenai isu duit salam kaut ini.

“aku rasa bagi singgit dalam sampul ok dah kalau tkdak duit sngat”

“zmn skrg tuan rumah tggu jemputan bwh kemah..nk x nk kena lalu depan tuan rumah..segan klu salam xda sampul duit..”

“arwah ayah aku pnah pesan,xde duit jgn buat kenduri n kita buat kenduri sebb nak bagi mkn kt org. klau hrp org kasi duit baik sruh dia mkn kt kedai”

“Tp org skng ble wat knduri klu salam xbg duit xdpt goodies.. Pdhal awl dtg Kte dh bg hdiah. Msa blik Salm xdek lah duit xdpat lh goodies..”

“bila ingtkan hukum..bila dijemput kena hadir..tp bila hadir kena bg duit salam..tp bila xde duit pulak..hmmm..”

Baca juga : Lelaki Tak Sangka, Pemilik Rumah Sediakan Sampul Berisi Duit Sebagai Upah Hantar Barang

Baca juga : Gempar! Wanita Terima Hadiah Kek Duit Bernilai RM60,000

Lihat klip berdurasi pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@akuinsanhina : mungkin betul dia xde duit mohon halalkan makanan nyer kesian pulak

@az : anak 9 org semua mak buat kenduri kesyukuran. xde salam kaut.

@ummukhairahmamats : bila mengharapkan salam kaut ni la jadinya…ikhlas dan niat bersedekah la bila undang tetamu, in sha Allah bnyk kebaikkannya…aamiin

@yana : pegi rumah org kwin klau xde duit x yah bg.Ustaz kata x wajib bg duit dikenduri kwin..tp wajib bg duit bila ziarah org sakit.

@__ashrt__ : kalau takdak duit sekali pun, hang Mai kenduri tu pengantin dah okey dah aih. happy ja..ni pi buat laguni aduhai

@uM : letak dalam frame, pastu gantung kt ruang tamu, tgk sape yg terasa

@tiqa2408 : husband sy pernah kata, ada org tak mampu tp dia segan salam kosong, bukan niat dia nak memperdaya tp cuma tak nak malu & taknak rasa down.

@labmate : klau family saya mmg tak amalkan dah,klau org dtg kat kita bgi takpe jgn smpi tunggu dpn pagar.klau tak mampu nak buat mewah buat je seadanya

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram