Banyak kemalangan yang berlaku di selekoh akibat dari pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan di jalan raya dan kebanyakan kemalangan yang berlaku kadang bukan berpunca dari diri kita.
Seperti apa yang baru tular di media sosial, dapat dilihat situasi motosikal bertembung dengan motosikal lain yang datang dari arah bertentangan akibat daripada penunggang motosikal yang melalui lorong yang salah. Perlanggaran atau pertembungan yang berlaku dilihat agak kuat di mana rider foodpanda itu pada awalnya sedang dilihat syok melayan corner dan tidak menyedari terdapat motosikal di selekoh tersebut.
Ramai yang marahkan rider yang melaui lorong salah tersebut kerana situasi tersebut sangat berbahaya buat kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
“Segelintir budak motor mcm ni lah tak menyabor bukan nk tunggu belakang kalau ada ruang besar kt sebelah ruang tu lah dia semua conquer”
Baca jugak : “Fuhh, Nyaris2 Bersepah”-Rakaman Dua Superbike Hampir Bertembung Tarik Perhatian Netizen
Baca juga : Rakaman Tayar Honda Jazz Tercabut Ketika Turun Genting Tarik Perhatian Netizen
Lihat klip rakaman dashcam milik pemandu kereta ini :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@IamRafff : Tulah org kata.. jangan lawan arus jangan lawan arus. Kan dah tak sempat elak. Punca si boncit sweater biru tu ler ride lorong orang. Org penang panggil bodoh piang.
@imzra_ : Motor memang suka makan jalan orang..pikir dia sorang je nak cepat
@Reecey : yang biru tu makan jalan dekat corner buat apa lahai, yang panda pula ingat dia dekat litar sepang
@cikziejamil : Seb baik ada dashcam..kalau tak selamba je geng maksum ni salahkan kereta
@hisyam : Yg salah biru tu masuk lorong org. Merah pun sama sebab laju (> 50 rasanya)
@nimaadia : Kenapa ye yang bawa motor ni ramai yang bodoh? Kat selekoh kot, ko berebut nak memotong kenapa?
@ikram.os : saya pun pernah bwk kereta kt jalan ni (dari arah rhb).. tiba2 ada moto dari lawan arus tngh potong kereta kt depan.. Allah je tahu botapo tokojut den maso tu
@benji0thman : Ntah laa .. tapi kalau jadi kat depan mata pun just mampu tengok je lah. Selalu sangat berlaku cuma belum pernah kantoi ja lagi. Now bila dah kantoi agak agak apa rasa ekk?
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram