Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok arismustakim_sean, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki membuat satu klip durasi pendek di mana beliau berkongsi pengalamannya di Narathiwat, Thailand diserang dan mendengar bunyi tembakan serta bom di kawasan kejiranan ibu mentuanya. Beliau mengatakan situasi itu berlaku pada 23 ramadan 2023 jam sekitar 9.15 malam semalam. Beliau terduduk dan perasaannya bercampur baur dengan perasaan takut bersama kakak ipar beliau serta 4 budak lelaki yang menumpang di rumahnya kerana terkejut dan takut mendengar bunyi letupan di sana.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan kawasan tersebut sememangnya bahaya dan terdapat beberapa orang memegang senapang dengan bersahaja. Ada juga beberapa netizen yang berkongsi cerita pengalaman mereka sampai di Narathiwat, Thailand tersebut. Netizen juga mendoakan semoga mereka sekeluarga yang menetap di sana selamat dan dilindungi oleh-Nya. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 221.1K penonton, 15.5K sukaan dan 291 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:
“Pengalaman Ramadan tahun ni amat luar biasa. Pada 23ramadan2023 pukul 9.15 mlm. Kejiranan rumah mertua aku di Narathiwat Thailand diserang. Bunyi tembakan dan bom sangat jelas sebijik macam dlm film. Di mulut ni hanya mampu berdoa,mengucap,berzikir saja. Alhamdulillah Ya Allah kau selamatkan kami sekeluarga”
Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki tersebut apabila terdengar bunyi tembakan dan bom dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Ramosha: Tunggu PMX turun buat rundingan damai dengan Pejuang Patani..insyaAllah keamanan akan menjelma di wilayah Patani
@Harimau Mengaum (Raawwrr): Tula nasib duduk selatan thai bang. Diaorg tak cari kita, tapi kalau nak kena juga tu memang takda luck la haha
@Penganggur Setia: Ambo balik kampung Pattani dulu gini jugok, blh dikatakan tembak menembak ni biasa Jah bagi sek dio.
@yinn hrtu pegi ikot jaln kg narathiwat bapak takot tngok org biasa pegang senanpang gtu je . 3 jam derek x berenti mana2 .
@Farraezati: Syukur Malaysia aman. Semoga Malaysia terus aman damai tanpa perang
@EL: 8 april haritu pergi narathiwat , allahuu nasib baik tk jdi ape ape
@auliaamirulsyh: pasang speaker deras deras tambah lagu inilah barisan kita atau pun pi join sekali
@ARAA: dulu balik thai umah tok, tok mrh jgn dduk luar, org tgh bedil. nasib la xde apa2 aku. klau xmati daaa
@Miss Juna: AllahuAkhbar,smga slmt jga saudara seislam d patani thai.Aamiin
@Fletcakery: takot ye kalo kena peluru sesat walaupom da duduk dalam rumah..semoga allah lindungi kita semua
@ORaNg TerROi: Adik al aqso naratiwat nie.. semoga Allah pemudahkan segala urusan..
@jyawrwz: terima kasih tumpangkan budak2 tu berlindungi kat rumah kamu
@Fyzzll: Pernah hadapi..mcm ni kami kene meniarap , dh la demam time tu auto menangis arw tgk semua jerit2 3 orng mati mayat dia hancur,,askar thai siap guna
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram