Home Video “Tergamak Ye Langgar Org Then Terus Jalan Je, Ingat Langgar Katak Melintas...

“Tergamak Ye Langgar Org Then Terus Jalan Je, Ingat Langgar Katak Melintas Jalan Ke”-Netizen

0

Kejadian langgar lari banyak berlaku di mana-mana tempat. Sama ada mereka memang tidak menyedari ataupun mereka memang sengaja melarikan diri itu hanya mereka yang tahu.

Baru sahaja beberapa hari lepas tular sebuah video di halaman tiktok di mana rakaman dashcam sebuah kereta merakam detik-detik penunggang motosikal terjatuh akibat dari terhimpit oleh sebuah kereta di sebelahnya. Situasi tersebut telah menarik perhatian netizen dan masing-masing menyalahkan kenderaan tersebut malah ada juga yang menyalahkan penunggang motosikal terbabit.

“nampak myvi nak elak motor 1 lg, tu dia himpit moto 1 jalan dgn dia”

“Bukan nak blame kereta tu tapi motor tu pun patut alert kalau ada kereta dekat belakang, dia patut ketepi sikit. Apa guna motor pakai side mirror tapi bawak motor syok sendiri.”

“Kete salah moto pun salah.. moto jgn syok sgt bawa mcm jalan ana yg punya..yg kereta ada hon boleh guna jgn banggang sgt..ptong dkt double line..sek mmndu mana dlu ni? Skrg jpj kene check mental health untuk lulus lesen.. sekian”

Lihat rakaman dashcam di twitter :

Lihat juga komen netizen :

@cloud9pluff : Tak kisah sapa salah auto kereta tu salah, dah langgar jadi buat perangai manusia ye jangan perangai membabi buta

@AzuatiOmar : Ikat helmet tu adik ooooi. Jangan sekadar pakai. Nasib baik tak terhantuk kepala. Dan lagi, bawalah motor kat tepi2 sikit…

@flowersunz_ : Aduhh susah nk explain org bwk kereta mmbabi buta mcm ni. Tak rabun, buta driver ni. Paneh akuuu

@awiemanjoi : Sah..sah.. kawasan tu double line x boleh memotong pun. Sabar lah sikit tunggu kawasan yg sesuai.Tambahan pulak keadaan bahu jalan tu x mengizinkan utk penunggang motosikal tu untuk duduk lebih kiri. Hanya dikawasan berlaku pelanggaran baru ada opening itupun sebab ada simpang.

@shan3derhaka : Bwk moto tu pepandai la ketepi sikit bila rasa ada kenderaan lain kt belakang . Tu mujur bkn lori belakang dia , klu x dah kene lenyek dgn helmet tercabut nya ; sbb lori xbole break cpt .

@Ringgoishi : Please la jangan salahkan moto tu duduk tgh jalan. Kereta nak elak moto satu lagi. Kalau iya pon dah langgar. Berhenti. Tolong. Kenapa lari ?? Isu dia kenapa kereta tu tak berhenti.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter @ohtweet