Home Kdrama/Kmovie Terhibur dengan Kdrama Miss Night and Day? Tonton 7 Kdrama Ini

Terhibur dengan Kdrama Miss Night and Day? Tonton 7 Kdrama Ini

0

Miss Night and Day adalah Kdrama ongoing yang sedang ditayangkan di JTBC dan juga Netflix.

Kdrama bergenre komedi ini menceritakan tentang seorang wanita berusia 28 tahun yang bernama Lee Mi Jin (Jung Eun Ji) yang selama 7 tahun berturut-turut selalu gagal dalam mencari kerja. Suatu hari, semasa dia merasa sangat putus asa, penampilannya berubah menjadi wanita yang berusia 50 tahun (Lee Jung Eun).

Kisah hidup Lee Mi Jin yang berubah pada pagi hari dan malam hari ternyata menarik sangat banyak perhatian penonton. Kdrama ini menampilkan kisah watak-watak yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita.

Berikut dibawah ini adalah tujuh pilihan Kdrama yang boleh anda tonton jika anda sukakan drama seperti Miss Night and Day.

 

1. 18 Again (2020)

KdramaDrama 18 Again menceritakan tentang seorang wanita berusia 37 tahun yang bernama Jung Da Jung (Kim Ha Neul) yang akan bercerai dengan suaminya, Hong Dae Young (Yoon Sang Hyun). Mereka mempunyai anak kembar yang masih bersekolah menengah. Di tengah-tengah krisis rumah tangganya, Hong Dae Young berubah menjadi dirinya yang masih remaja (Lee Do Hyun). Dengan penampilannya itu, Hong Dae Young berusaha memperbaiki hubungannya dengan isteri dan anak-anaknya.

 

2. The Beauty Inside (2018)

46f186c1 fe49 4d3d bf7b a3cf256c99c4Diadaptasi dari filem berjudul sama, The Beauty Inside merupakan Kdrama yang menceritakan tentang seorang pelakon wanita bernama Han Se Kye (Seo Hyun Jin) yang sering kali diterpa berita liar yang aneh. Ternyata, setiap bulan, penampilannya selalu berubah-ubah. Dia boleh muncul menjadi berbagai-bagai karakter, bermula dari kanak-kanak hingga orang dewasa, dan keadaan itu juga kadang kala mengubah jantinanya. Pada suatu hari, dia bertemu dengan Seo Do Jae (Lee Min Ki), seorang eksekutif di syarikat kapal terbang yang ternyata tidak mampu mengenali wajah setiap orang yang bertemu dengannya.

 

3. The Light in Your Eyes (2019)

60ae3899 3614 4111 8a41 b75f836127bbKdrama ini menceritakan tentang seorang wanita bernama Kim Hye Ja yang tiba-tiba berubah menjadi wanita berusia 70 tahun (Kim Hye Ja). Merasa bingung dan tertanya-tanya, dia akhirnya mengetahui bahawa dia boleh memanipulasi waktu. Kim Hye Ja bertemu dengan lelaki yang ingin menjadi wartawan yang bernama Lee Joon Ha (Nam Joo Hyuk). Mereka saling memahami dan mula terlibat dalam kehidupan antara satu sama lain.

 

4. Mr. Queen (2020—2021)

78b375a7 0621 471c b4eb 51e5024f0ce4

Salah sebuah Kdrama hits tvN yang berjaya mengaut rating tinggi pada masanya. Cerita tentang seorang chef bernama Jang Bong Hwan (Choi Jin Hyuk) yang sedang dikejar oleh musuhnya. Semasa sedang dikejar, dia terjatuh ke dalam kolam renang. Tanpa disangka, apabila terbangun, dia berada dalam tubuh seorang bakal permaisuri di era Joseon bernama Kim So Yong (Shin Hae Sun). Dia perlu menjalani kehidupannya dengan segala peraturan yang sudah diatur oleh pihak istana.

 

5. Chicken Nugget (2024)

92e4ed70 2b86 4104 bdb2 0ffe1428ac54Sesuai dengan tajuknya, Chicken Nugget menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Choi Min A (Kim Yoo Jung) yang berubah menjadi ayam goreng selepas memasuki sebuah mesin misteri di tempat kerja ayahnya, Choi Sun Man (Ryu Seung Ryong). Ayahnya dan Ko Baek Joong (Ahn Jae Hong) terus mencari berbagai-bagai cara untuk mengembalikan Choi Min A ke bentuk asal.

 

6. Meow, The Secret Boy (2020)

e956c6c2 f5ef 4aed 85ff 7a36419ac6ccKdrama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Sol Ah (Shin Ye Eun) yang bekerja di syarikat rekaan grafik yang menyelamatkan seekor kucing. Kucing tersebut diberi nama Hong Jo dan dibawanya ke rumah. Tanpa disangka, Hong Jo boleh berubah menjadi manusia (Kim Myung Soo) dan mereka saling jatuh cinta. Namun, mereka perlu menghadapi cabaran yang berat kerana mereka berasal dari dunia yang berbeza.

 

7. A Good Day to Be a Dog (2023—2024)

d2a5a91c 1d0b 434e afce d2309f013891Drama adaptasi webtoon, A Good Day to Be a Dog ini adalah tentang seorang gadis yang bernama Han Hae Na (Park Gyu Young) yang disumpah menjadi anjing jika mencium lelaki. Sumpahan tersebut diwarisi dari keturunan ibunya. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja mencium Jin Seo Won (Cha Eun Woo) yang merupakan rakan guru di sekolah. Sayangnya, Jin Seo Won pula trauma takut dengan anjing dan dia perlu mencari cara untuk mematahkan sumpahan yang ada pada dirinya tersebut.

Tujuh pilihan Kdrama di atas mempunyai beberapa aspek yang sama dengan Miss Night and Day. Anda perlu masukkan ke dalam watch list anda jika anda ingin menonton drama lucu menghiburkan, tapi tetap diselangi dengan cerita yang juga menjentik emosi.

Baca lagi: 10 Drama Jepun Popular ini Pasti Buat Anda Tidak Kering Gusi, Penuh Lawak Komedi
Baca juga: 12 Selebriti Korea Popular Ini Berstatus Janda, Salah Seorang Suaminya Mati Dibunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here