Home News Terjerut Tali Tangsi Di Laluan SUKE, Penunggang Motosikal Ini Cedera Di Leher

Terjerut Tali Tangsi Di Laluan SUKE, Penunggang Motosikal Ini Cedera Di Leher

0

Sekarang ini banyak dilihat orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai sesuatu yang diingininya termasuklah mencederakan orang lain.

Menerusi perkongsian di aplikasi X milik @mdzulhilmi__, lelaki tersebut telah berkongsi pengalamannya sendiri yang mana dia terjerut tali tangsi yang dipasang di susur masuk highway SUKE (simpang Kg Dato Mufti) ketika sedang menunggang motosikal. Dia juga berkongsi beberapa gambar yang mana memperlihatkan kecederaan yang dialami di lehernya sendiri. Selain itu, dia meminta orang ramai untuk berhati-hati terutama buat penunggang motosikal di kawasan tersebut.

@altimet salam YB. Kejadian semalam saya terjerut tali tangsi di leher di susur masuk highway SUKE (simpang Kg Dato Mufti)

Kejadian 740pm

Hati hati semua penunggang motosikal

cedera1 1  cedera2 1

Baca juga : Aliff Syukri Nyaris Cedera, Kereta Mewah Dirempuh Dari Belakang

Baca juga : Lelaki Beli Tali Jam Tangan Di Pasar Malam, Sekali Tersedar Rupanya Emas 999

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Matt Hamzah : Dia dah start dah buat perangai tak guna mcm ni. Selalu dekat Federal Highway je.

@shca : aku doa siapa sengaja buat mcm ni mampos accident kepala ko terputus. dajei sungguh khianat dekat orang

@ikhmalamran : Sebab benda macam ni la aku tak lalu laluan motor.

@httplaw : Wuishh biase diorang ni pasang dkt laluan motor je. Ni jalan besar pun dia berani pasang. X habis lg kes mcm ni xkan nak tunggu ade menteri beruk putus kepala dulu baru nak ubat penyakit ni

@peelyaya : Reason kenapa aku selalu pakai jacket yang high collar time ride motor sebab kes2 macam ni lah. At least, dapat minimize kan kecederaan. Gws bro. Semoga penganiaya ni dapat ditangkap.

@ilmannazim : taktik nak samun tu. haritu rider delivery saya pon kena dekat tempat yang sama. dia sempat chaw lepas kena tali tangsi. tp luka mcm encik jugak la. lagi teruk

@andreanotdead : Fuhh. Lama tak dengar dah ni. 4-5 tahun lepas selalu jadi dekat Federal Highway dengan KESAS je

@ikhwan : Memang sial lah yg pasang tali ni, aku naik laluan motor selalu fikir benda ni

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram