Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok symmfzl, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan reaksi rakan-rakan selepas lelaki ini membuat pesanan ‘roti tisu’ di kedai mamak. Reaksi mereka terkejut apabila melihat roti yang dipesan terlalu tinggi daripada kedai lain di luar sana. Dikatakan mereka makan di restoran tersebut sekitar jam 4 pagi, dan video klip ini turut tular di media sosial serta mendapat pelbagai juga reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tidak sangka roti tisu yang dipesan oleh lelaki ini sememangnya tinggi daripada roti tisu di kedai yang lain. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen, selepas melihat reaksi rakan-rakannya itu.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 382.8K penonton, 38.6K sukaan dan 201 komen.
Baca lagi: Restoran Tawar Gaji Sebanyak RM17,000 Sebagai Penebar Roti Canai
Baca lagi: “Ganas Budak UUM Ni”-Palang Di Dalam Bas Tercabut, Situasi Ini Buat Ramai Terhibur
Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Dhriesya: penat roti tisu tu berdiri sampai menangis air mata darah
@Iqaaa_: abang kopiah be like: amboi tinggi sungguh menara nyaa, sampai langit tingginya
@escapesky: Hahahaha this also my pov kalau dapat roti tisu yang tinggi semacam
@syukie: nak tanya kalau bungkus bawak balik roti tu bole ke
@WMA: Hadir baju kuning, saya tengah sedu masa kunyah tu ye, semoga menjawab soalan yang tanya tu ye
@wolfgang goldenleonard: first time aku order roti tisu tak expect tinggi mat so aku bungkus buat balik tpi dia bungkus pakai tisu je, aku mcm pegang batu nisan
@Mehh: Aku kalau order roti tisu, sampai je aku baringkan dia. Sebab aku tak perlukan attention. Haha semua tgk roti akuuuuuu
@biawakk?: abang wat pe kat roti tisu tu sampai berdarah jangan lupa bawak gi hos
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram