Home Dari Kisah Benar Terkejut! Tiba-Tiba Akaun Bank Ada RM208 Billion

Terkejut! Tiba-Tiba Akaun Bank Ada RM208 Billion

0

Pasangan suami isteri terkejut apabila akaun bank tiba-tiba ada RM208 Billion. Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat bergelar ‘Billionaire’ seketika selepas wang berjumlah AS$50 Billion (RM208 Billion) secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun bank milik mereka.

bank negara

Isterinya telah memberitahu suaminya yang bernama Darren James bahawa jumlah yang tertera telah berada dalam akaun bank milik mereka.

“Amat mengejutkan saya kerana saya tidak pernah melihat jumlah wang sebanyak itu sepanjang hidup saya…” – Individu

Baca lagi: Nana ‘Mask Girl’ Bakal Berkahwin?

Baca lagi: Kim Bum Akan Membintangi Filem Indonesia “Tanah Air Kedua”?

Lelaki itu telah menghubungi pihak bank dan melaporkan mengenai kesilapan tersebut. Bank berkenaan kemudiannya memproses kesilapan teknikal itu, namun tidak mendedahkan punca dan sebab wang tersebut didepositkan ke dalam akaun James.

duit

Sebagai tanda kenang-kenangan, James dan isterinya merakam gambar paparan skrin akaun banknya sebelum kesilapan itu diperbetulkan oIeh pihak bank yang mengambil masa selama empat hari.

Menurut majalah Newsweek, pemegang akaun bank yang menerima wang yang tersilap didepositkan ke dalam akaun mereka adalah dilarang membelanjakan wang tersebut sama sekali.

duit rm50

Dalam kes seperti itu, kebiasaannya pihak bank dapat mengenal pasti kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan transaksi. Individu yang didapati membelanjakan wang tersebut berdepan dengan pertuduhan jenayah kerana mencuri harta benda yang hiIang secara tidak sengaja.

Sumber: Newsweek

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.