Dunia digemparkan lagi dengan tragedi mengejutkan dan menyayat hati. Satu gempa bumi dengan skala besar telah berlaku dan melanda negara Turki serta Syria.
Gegaran gempa bumi berskala 7.8 magnitud telah menggegarkan bumi Turki dan Syria serta negara-negara yang berhampiran pada awal pagi Isnin, 6 Februari 2023.
Bayangkan ketika semua sedang nyenyak tidur tiba-tiba datang gempa bumi yang kuat meranapkan bangunan-bangunan tinggi dan rumah mereka.
Gempa bumi yang berlaku kali ini meragut terlalu banyak nyawa dan dibimbangkan kematian mungkin meningkat sehingga ribuan orang.
Masih ramai lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan dan belum diselamatkan buat masa sekarang.
Ratusan orang meninggal dunia ketika mereka masih lagi tidur di Turki dan Syria apabila gegaran 7.8 magnitud itu melanda.
Gempa bumi ini adalah antara yang paling buruk pernah berlaku dalam masa seabad ini. Ribuan lagi mangsa masih cedera dan belum dijumpai setelah gempa bumi ini memusnahkan seluruh kawasan di bandar-bandar besar yang diduduki oleh jutaan rakyat Syria yang lari dari konflik perperangan negara mereka.
Jumlah kematian dan mangsa cedera dijangka akan terus meningkat kerana kerja-kerja menyelamat mangsa di bawah timbunan runtuhan masih lagi giat dijalankan di kedua-dua buah negara.
Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan dengan kedalaman runtuhan yang dianggarkan kira-kira 17.9 km (11 batu) betul-betul berdekatan dengan Bandar Gaziantep dimana terdapat perumahan untuk lebih 2 juta penduduk.
Menurut laporan US Geological Survey, pusat Perkhidmatan Kecemasan Afad Turki telah mencatatkan gegaran pertama dengan skala ukuran 7.4 magnitud, seterusnya diikuti dengan 40 lebih lagi gegeran-gegaran kecil.
Imej televisyen menunjukkan gambar warga Turki berdiri dengan pakaian tidur masing-masing di atas timbunan salji sambil menyaksikan pasukan penyelamat menggali sisa runtuhan dari rumah-rumah yang musnah. Tragisnya bangunan-bangunan runtuh sewaktu mereka semua sedang lena diulit mimpi.
Jumlah mangsa yang meninggal dunia meningkat sejak pagi isnin lagi dan kini semua pihak penyelamat sedang giat mencari mangsa yang masih hidup. Gegaran turut dirasakan di Lebanon, Greece, Israel, dan kepulauan Cyprus.
Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Turki menyatakan bahawa kini mereka sedang mencuba sedaya upaya untuk memindahkan mangsa dan memberi bantuan kepada seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana tersebut.
Persatuan Bulan Sabit Merah Turki merupakan persatuan kemanusiaan terbesar di Turki. Persatuan mereka juga turut menggesa para penduduk supaya terus mengosongkan rumah dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Info terbaru setakat ini:
1) Turki: seramai 912 orang terkorban dan 5383 orang tercedera.
2) Syria: seramai 320 orang terkorban dan lebih 1000 orang tercedera.
Baca Lagi: Keluarga Mangsa Tragedi Itaewon Dibuli
Baca Juga: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri