Home News “Terlalu Banyak Perkara yang Membuatkan Saya “Annoyed”, Liam Payne One Direction Tak...

“Terlalu Banyak Perkara yang Membuatkan Saya “Annoyed”, Liam Payne One Direction Tak Suka Zayn Malik

0

liam payne one direction 10

Konflik antara Liam Payne dan Zayn Malik seperti tidak selesai. Ini ekoran selepas Payne muncul di podcast “Impaulsive with Logan Paul” dan Logan telah membawa isu mengenai salah satu bekas ahli anggota pernah bertelagah dengan abang Paul, Jake Paul pada tahun 2020. Sebelum itu, kedua-dua ini adalah bekas kepada kumpulan yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu One Direction.

Malik pernah terlibat dengan pertengkaran dengan bekas kekasih dan juga ibu nya iaitu Gigi Hadid dan Yolanda Hadid. Payne menjelaskan Gigi pernah memberi posting di Twitter miliknya dengan caption, “Get yourself a respectful man or something” yang menunjukkan mereka berpisah secara tidak baik.

Pada tahun lalu, Malik mengaku tidak bersalah selepas dituduh mencederakan ibu Hadid, Yolanda Hadid.

Zayn mengambil keputusan untuk meninggal kan One Direction pada tahun 2015 dan memilih untuk bergerak secara solo diikuti rakan-rakan band yang lain, iaitu Niall Horan, Harry Styles,Louis Tomlinson dan Payne sendiri.

Payne mengatakan yang terlalu banyak faktor menyebabkan dia tidak menyukai Zayn namun dia tetap berpihak kepada Zayn dan memaklumkan bahawa Zayn melalui liku-liku kehidupan yang mencabar ketika membesar. “Keluarga saya sangat supportive, sampai saya pun rasa rimas tapi Zayn tidak”. jelas Payne.

Payn tidak bersetuju dengan tindakan Zayn namun dia beranggapan Zayn memiliki sebab tersendiri untuk bertindak sedemikian. Payne juga memberitahu dia tidak mahu memberi komen yang melebih terhadap perkara itu.

sumber: CNN