Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok chef_tido, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan beberapa orang pekerja restoran yang terkenal iaitu McDonald’s(MCD) dimarahi oleh seorang pelanggan lelaki yang terpaksa berpatah balik ke restoran tersebut hanya ingin mengambil satu cheese burger.
Pelanggan itu juga bengang dengan salah seorang pekerja itu, di mana beliau sudah sampai ke rumahnya dan melihat makanan yang dibungkus tidak mencukupi. Namun reaksi pelanggan ini juga telah mendapat sokongan dari orang ramai.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini sering berlaku di mana-mana tempat dan sebagai pelanggan mungkin kita perlu memeriksa makanan yang dipesan sebelum bergerak dari restoran tersebut.
Ada juga yang berkongsi pengalaman yang mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Netizen juga mengatakan berasa kasihan kepada pekerja itu kerana dimarahi dihadapan orang ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 20.5K penonton, 369 sukaan dan 180 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Pernah macam tu jugak balik2 rumah ada yang tak cukup, sebab tu penting cek dulu sebelum balik”
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@knuckles: tangan kat kat belakang mcm uniform penjawat awam marah anak buah
@rdzhkm: Haha aku order add on sos lain dapat sos lain.Byk kali jugak kena. Bila tanya cakap sos tu habis. Tapi kat order skrin tu xde pon tulis sold out
@aliff fikri: aku pernah kena ayam tak cukup depa bagi mekdi taman daya JB.p minta sebaikk dapat
@rezan shop: Naya mnger yg kna training dh bgi tpi still ad silap tkpe amik pnglmn
@Cinta sipari²: koi selalu kena tapi dgn KFC ..oder 3 set,ayam hilang seketul setiap set…
@luqmanzj: Jangan buat main uii orang tengah lapar ni bahayo
@kaifa wanny: jdi customer jdi bertimbang rasa sama, ak pernah rasa koyak kena maki mcm ni, org beradab kita beradab
@ruqaini: Benda boleh je call ugut suruh hantr burger, kalau tak buat aduan, tp nk gak gaduh
@Izz: tau la marah just bising skit mintak balik ape yg tak dpt dh la
@SEPUPU DUGONG: order nasi lemak macd dpt nasi ayam macd….time return bru smua nk kalut..siap de yg jeling² xpuas hati…bende lah weh..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram