Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok tcer_linna, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan reaksi seorang guru terpegun melihat anak muridnya membawa sebuah pengasah pensel yang canggih di dalam kelasnya. Anak muridnya juga menunjuk cara menggunakannya pada guru tersebut, namun reaksi si guru pula buat ramai yang terhibur melihatnya dengan secara spontan.
Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian daripada warganet.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan pada zaman kini sememangnya lebih mudah bagi kanak-kanak kerana barangan elektronik semakin canggih. Ada juga yang mengatakan video klip ini mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan dahulu, apabila melihat reaksi guru yang masih terpegun melihat pengasah pensel anak muridnya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 894.1K penonton, 38.6K sukaan dan 1517 komen.
Baca lagi: “Sabar Jelah Cikgu”-Gelagat Cikgu Yg Pening Lihat Jawapan Murid Buat Ramai Terhibur
Baca lagi: “Signal Pun Malas Bagi”-Rakaman Kereta Disodok Lori Sehingga Tercabut Bumper Buat Netizen Puas Hati
Lihat klip durasi pendek reaksi guru apabila anak muridnya bawa pengasah pensel canggih di kelasnya:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@wnnnzy: dulu nak asah pensil sampai boleh lepak ngan member kat tong sampah belakang kelas
@Ahmad Iqbal Zulkefli: Eh kena beli 10 ni susun kat atas dashboard kereta biar orang tahu kita kaya
@eilaila13: pengasah pensil kau rm30 dikk..akk dulu pengasah pensil 10sen jaa..nk asah dok dpn tong sampah
@fay: bila dh canggih sngt budak2 tk merasa betapa bestnya dlu ramai2 kumpul kat tong sampah sharp sama2
@IntanLyana: aku dlu ad yg kayuh guna tgn tu pn rsa mcm bangga dh ,. klau ad yg ni silap2 jalan mcm ali baba
@zenijamal: Ckgu dh xjd nk mngajag sronok dk asah pensil
@Amira.noordin: Weyyy dah canggih, dulu aku kayuh guna tgn tu, dah bangga habis dahhh sharp guna tu, kalau ada yg ni mesti aku riak lg. HAHAHAHAHAHA
@cikibum7: kenangan ni,seblom mengasah pensil bkn main pnjng pensilya,menyembang punya pasl pendek sampi jari kelingking pon x pe,yg pentg dpt menyembng
@Mocha Latte: Mesti ni favret ticer diorg ni sbb jiwa dia sama ngan budak , budak pun gerenti seronok masa ticer ni mengajar
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram