Home New Post Terserempak Dgn Kereta Polis Peronda Ketika Tak Pakai Helmet, Reaksi Adik Ini...

Terserempak Dgn Kereta Polis Peronda Ketika Tak Pakai Helmet, Reaksi Adik Ini Yg Tenang Tarik Perhatian Netizen

0

Memakai helmet ketika menaiki motosikal merupakan perkara yang penting dan wajib dilakukan ketika di atas jalan raya. Hal ini bagi mengelakkan seseorang itu mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian kepala terutamanya.

Baru sahaja tular sebuah rakaman dashcam yang dimuat di laman media sosial di mana memperlihatkan situasi seorang budak lelaki yang berhenti di hadapan lampu isyarat kemudian tiba-tiba kereta peronda polis datang dari arah bertentangan dan terus pergi ke budak lelaki tersebut. Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila melihat budak lelaki tersebut yang kelihatan sangat tenang dan tidak gelabah apabila berhadapan dengan situasi tersebut tidak seperti sesetengah penunggang motosikal yang lain. Tindakan budak tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata meuji sikap budak lelaki tersebut.

“kau mmg gentleman dik..tak menggelupor mcm mat2 rempit lain tu…”

“bagus adek ni, tkde pulak lari ka dia tng ja, bagus didikan amak ayah dia”

“tp bagus…memberikan contoh yg baik…jgn melihat orng dari badannya…seorang budak…tp fikiran orng dewasa”

“hadapi dengan tenang, xperlu lari. benda pun memang salah kan. Tahniah dik “

“tahniah dik,profesional bila berhadapan dengan polis,begitu la harus tanggung dan jawab dgn apa yg kita dah lakukan.tabik spring buat adik”

Baca juga : Seronok Naik Kereta Polis Siap Makan Lagi, Reaksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Baca juga : Rakaman Kereta Disaman Kerana Lalu Laluan Kecemasan, Taktik Polis Raih Perhatian Netizen

Lihat rakaman dashcam di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Ruddz Raptor : kdg2 xkena saman pon..kena bebel je dlm 2-3jam kat tepi tu

@faruq juhari : confirm air kelapa tu jadi coconut shake sebab tangan ketar2..lu memang steady dik

@Mr.Gru : jgn buat main polis kl..dari lari baik relax ikot ja..mna nk tau tiba2 buat challenge bateri fone ke apa

@Yung M. Alias : Steady ja dia nampak polis tu dri jauh , ak dri jauh da mengelabah..ntah apa salah

@AmerVRays🇯🇵 : abam polis tu pn x smpai hati rasenye nk saman dia ke ape mgkin bg amaran trakhir kt dia & parents.. lgpn bdak tu x keret pn

@Aiman : Biasa kalau macam ni polis bleh bwk bincang pandai goreng insyallah lepas

@Alfy Alfie : Bagus mcm ni , dari lari kalo sangkut , mcm2 kes kena tanggung silap2

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram