Home Video Teruja Sertai ‘Keretapi Sarong 2023’ Sempena Hari Malaysia, Reaksi Anak Muda Ini...

Teruja Sertai ‘Keretapi Sarong 2023’ Sempena Hari Malaysia, Reaksi Anak Muda Ini Buat Ramai Terharu

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok zlurrys, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka yang dikenali sebagai Keretapi Sarong 2023. Dikatakan lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum menunjukkan rasa cintakan negara dengan menyertai program persembahan kilat berkumpulan. Kesemua peserta berkumpul di beberapa hentian LRT, MRT termasuk di hentian KL Sentral sebelum beramai-ramai ke tempat perhimpunan utama di Dataran merdeka.

Reaksi orang awam yang turut menyertai sambutan Hari Malaysia tersebut juga membuatkan penonton terharu apabila melihat ramai anak muda bersemangat dengan sambutan itu.

Screenshot 2023 09 18 093711
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tidak sangka dan berasa terharu melihat ramai anak muda menyertai sambutan tersebut dengan penuh semangat. Ada juga yang mengatakan sambutan itu sememangnya merapatkan selaturrahim, tidak kira agama dan bangsa. Netizen juga memberi pujian kepada reaksi mereka yang bersemangat walaupun dalam cuaca panas.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 791.8K penonton, 92.4K sukaan dan 1001 komen.

Baca lagi: “Dekat Malaysia Ni Takda Dah Golongan B40..”-Peniaga Wanita Ini Luah Tentang Kenaikan Harga Barang Buat Ramai Simpati

Baca lagi: Cium Selimut Busuk Sambil Buat Rawatan Nebulizer, Reaksi Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek reaksi anak muda yang menyertai sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@sitihaifaa: Best gila ! Semua baik2 nampk kami bawak stroller budak . Semua bagi laluan . Siap ckp tepi2 ad baby !! Terbaik semua ! Team gombak i respect gila !

@EB-DUB: Anak muda teruskan perpaduan yang macam ni. Jgn biarkan kepala hotak dibasuh oleh org lama yg memecah belah kan kita dari segi bangsa dan agma

@Suhass Decor: Aku smpi sana smpi ternangis weiii..terharu sgt tgk adik2 ank muda bersatu padu

@JustMe: Best experience ever tak menyesal join . Nampak korang kat dataran merdeka ramai ramai wowwwwww

@adam_af06: bestnya event ni.. sedihnya tak dapat join event ni sebab excident.Baju semua dah siap . Insyallah next saya join dgn imej pure orang laut melaka

@Anna Mas: Alhamdulillah. Rasa syukur sangat kita semua boleh berhimpun cuma melalui kesepakatan yg di atur dlm medsos.Hebat rakyat Malaysia.

@TRADNEO BATIK: This is how young gen celebrate merdeka and unity.. good job rakyat! United Community will bring more rezeki and peace to the country

@Noone: Terbaiklah harap sgt buat setiap tahun. Kekalkan bangsa dan budaya kita yg asli

@Monica Nyaog: Rasa cemburu saya tak dapat ikut.. Tahun depan saya mau ikut bersamah

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram