Sejak LE SSERAFIM debut, ahli Kim Garam telah menjadi pusat kontroversi selepas dituduh menjadi seorang pembuli sekolah.
Terdapat pelbagai siaran komuniti dalam talian yang mendakwa bahawa Kim Garam telah menjadi pembuli sekolah dan banyak bukti yang mendakwa bahawa idola rookie itu adalah pembuli sekolah.
Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa rakan Kim Garam telah mengganggu dan mengugut mangsa selepas dakwaan bahawa idola itu seorang pembuli timbul.
Agensi LE SSERAFIM terus menafikan dakwaan itu, dan Kim Garam juga menyatakan kesukarannya untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi buli itu.
Tetapi dengan lebih banyak dakwaan yang didakwa mendedahkan idola baharu itu, Source Music dilaporkan telah menyaman salah seorang netizen yang memulakan dakwaan buli tersebut.
Namun begitu, dakwaan itu tidak berhenti, malah mangsa didakwa telah meninggalkan komen di salah satu video Kim Garam di YouTube.
Mangsa menulis, “Saya tidak berkata apa-apa kerana saya takut disaman. Saya tidak ‘post’ apa-apa bukan kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan. Sekurang-kurangnya semua kanak-kanak Sekolah Menengah Kyungin tahu betapa cerdiknya taktik kotor awak.
Apabila saya memikirkan betapa gembiranya awak dapat debut sebagai idola – orang yang saya takuti dan orang yang telah membuat saya tidak mahu pergi ke sekolah – saya berasa sangat marah dan seluruh badan saya menggeletar.
Pastikan untuk terus naik ke puncak dan buatkan ramai orang sayang awak. Kerana ketika itu, mesti ramai yang cuba untuk menjatuhkan awak.”
Artikel Berkaitan: Badan Chef Turki Terkenal CZN Burak Semakin Kurus, Dilaporkan Sedang Menghidap Tumor Otak
Artikel Berkaitan: “Saya Berasa Sangat Cemas.” – Kim Seon Ho Luah Perasaan Setelah Dilanda Kontroversi
Komen ini dikongsikan di pelbagai komuniti dalam talian di mana netizen mengulas tentang pendapat mereka. Netizen berbelah bahagi kerana ada yang mengatakan mangsa yang didakwa tidak berkongsi bukti yang jelas, tetapi yang lain mengkritik bahawa Source Music dan HYBE bersikap kurang ajar kerana terus menyokong pembuli sekolah.
Netizen mengulas, “Dia ini tidak mempunyai bukti kukuh, mereka hanya mendakwa dengan kata-kata,” “Apa bezanya dengan komen yang saya boleh tulis dan hanya berkongsi gambar yang ditangkap (screenshot)?”
“Bagaimana orang nak tahu sama ada dakwaan ini dibuat-buat atau tidak?” “Mereka tidak mempunyai bukti,” dan “sesiapa sahaja boleh menulis perkara seperti itu.”
Sebaliknya, ada netizen yang memberi komen, “Garam perlu meninggalkan kumpulan itu,” “Terdapat banyak post yang menunjukkan bukti,” “Mereka yang melindunginya… berapa banyak awak dibayar?” “Agensi itu sangat bodoh kerana menjaganya,” dan “Saya fikir jawapan yang betul ialah memboikot kumpulan itu.”
Sumber: [1]