Home Video “That Last Word, Rasa Susah Betul Jadi Org Sabah Dekat Semenanjung”-Netizen

“That Last Word, Rasa Susah Betul Jadi Org Sabah Dekat Semenanjung”-Netizen

0

Kita mengetahui bahawa tiket untuk pergi ke Sabah dan Sarawak adalah sangat mahal terutama bila tiba musim perayaan yang besar.

Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman tiktok di mana seorang wanita kelahiran Sabah meluahkan rasa kecewa di akaun tiktoknya apabila mengetahui harga tiket kapal terbang mendadak naik. Dia yang pada awalnya sudah membeli tiket dengan harga RM 800 tetapi penerbangan dia dikatakan transit. Menurutnya, sebelum ini dia biasa menaiki penerbangan dari Penang dan terus ke KK. Disebabkan raya, banyak tiket yang sudah habis terjual dan menyebabkan penerbangan MAS yang dinaikinya terpakasa transit di KLIA. Hal itu menyebabkan dia telah tertinggal penerbangannya kerana dia perlu menukar dari KLIA 1 ke KLIA 2 dan menyebabkan dia tidak sempat untuk bergerak ke sana.

Apabila dia hendak membeli tiket yang baharu, tiket sudah kebanyakannya habis dan yang hanya tinggal MAS itupun harga sudah mendadak naik. Netizen semuanya berasa simpati dan masing-masing juga meluahkan perasaan yang sama.

“Eee menangis sdh saya..beginilah kita yg study smnjung ni sakit hati tiap tiap tahun hrga tiket mcm kau prgi oversea”

“Saya pun mau menangis tiap kali tengok harga tiket balik sabah..even parents cakap macam ni pun still rasa bersalah. rasa macam menyusahkan dorang”

Lihat cerita penuh di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@see_jayyy98 : anduu baa sda la nangis bengkak nanti mata..yg pntg sda sttle kan, smpai sabah nnt peluk mama ok

@Mohamad Zharfan : Pernah macam ni. Kalau ada transit, better ambil sama flight company. Cth air asia transit then air asia juga. Takut nda sempat ja

@Wan l Makeup & Skincare : Stay strong sis! Fhm sngt. Stiap kali pegi kl. Benda ni paling takut. Sanggup sy dtg klia mlm2 wlaupun flight jam 10pagi.

@sue : betul tu sis.kita perantaun nie susah klau mahu balik.tiket mahal.alhmdulilah sy bru smpai semalm.2 bln booking seblum flight

@cchaa : Sis, blh tu pg cust service dorg if yg first flt tu delay. Dorg akan kc tukar flt ko pg next flt dgn free.

@agopetnjkck : syarikat penerbangan dan kerajaan setiap cuti perayaan akan ambil kesempataan menaikan harga tambang

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram