Home Kdrama/Kmovie Drama Korea The Auditors, Mengapakah Shin Ha Kyun Menunjukkan Kelemahan dalam Kes Rasuah Baru?

The Auditors, Mengapakah Shin Ha Kyun Menunjukkan Kelemahan dalam Kes Rasuah Baru?

0

Adakah sisi lain akan kelihatan pada perwatakan dingin dan tegas yang dibawa oleh Shin Ha Kyun yang tampak sangat gah dalam “The Auditors”?

The auditorsThe Auditors mengusung genre misteri, thriller dan komedi tentang pasukan audit di JU Construction dengan diketuai oleh seorang pemimpin yang dingin dan tegas. Mereka berhadapan dengan kes rasuah yang berleluasa di syarikat JU Construction.

Drama The Auditors fokus tentang penyiasatan yang dilakukan di pejabat. Shin Cha Il (Shin Ha Kyun) bekerja sebagai ketua pasukan audit di JU Construction. Dia memiliki sikap yang dingin dan tidak mudah percaya pada orang lain.

Tetapi, bila sebut sahaja tentang pekerjaan, dia sangat serius hingga sangat terkenal sebagai seorang ketua yang membuat penilaian yang tajam dan tegas. Pasukan audit juga dimeriahkan dengan kehadiran pekerja baru yang bernama Gu Han Soo (Lee Jung Ha).

1d63c801 d9d3 4d98 a0bc 3eb91ce09ac5Dalam gambaran yang baru dikeluarkan semasa episod ketiga drama ini, Yoo Mi Kyung (Hong Soo Hyun), pengarah bahagian perumahan di syarikat JU Construction nampaknya dipanggil ke pejabat audit untuk sebuah soal siasat. Terperangkap dengan soal siasat yang tiba-tiba dan tidak dijangka, Yoo Mi Kyung kelihatan keliru dan kecewa kerana telah dipanggil ke jabatan audit.

Selain itu, terdapat ketegangan yang janggal antara Shin Cha Il dan Yoo Mi Kyung semasa soal siasat mereka, menimbulkan persoalan bagaimanakah mereka mengenali antara satu sama lain dan jenis hubungan antara mereka berdua.

cda1d1be d069 4e5e aae2 4fef1731a84d

Shin Cha Il, yang sentiasa bersikap dingin dan tanpa belas kasihan ketika menjalankan soal siasat audit menunjukkan tanda-tanda kelemahan di hadapan Yoo Mi Kyung. Semasa mereka berhadapan antara satu sama lain, pandangannya kelihatan lembut dan sedikit goyah.

Bagaimana mungkin seorang lelaki yang begitu teguh dan sangat dingin akhirnya menunjukkan kelemahannya di hadapan seorang wanita? Pasti ada rahsia istimewa antara mereka berdua bukan?

9f5055be 260d 4d1f a4e3 470ceeabca3bUntuk mengetahui sebab kedua-dua mereka begitu janggal berada berdekatan antara satu sama lain, dan mengapa Yoo Mi Kyung akhirnya menitiskan air mata, nantikan episod seterusnya dan tonton The Auditors hanya di Viu ya!

Baca lagi: Mengapa Perlu Tonton The Auditors? Kdrama Popular dan Hits Terbaru
Baca juga: The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah