Baek Jong Won, yang merupakan chef terkenal dari Korea Selatan, kembali muncul dalam rancangan variasi The Backpacker Chef Musim 2. Bukan keseorangan, dia juga ditemani beberapa artis lain dalam membintangi acara ini.
Menggabungkan konsep memasak dan melancong, The Backpacker Chef Musim 2 yang korang boleh tonton di Viu akan menunjukkan aktiviti Baek Jong Won dan rakan-rakannya dalam melaksanakan misi memasak yang mencabar.
Kali ini,The Backpacker Chef Musim 2 turut menampilkan barisan ahli yang berbeza daripada musim sebelumnya. Tidak seperti rancangan masakan lain, berikut dibawah adalah beberapa fakta menarik tentang The Backpacker Chef Musim 2.
Dibintangi oleh lima selebriti popular Korea Selatan
Baek Jong Won kembali muncul pada musim terbaru The Backpacker Chef dan akan mengetuai pasukan untuk menyelesaikan cabaran memasak. Sebagai orang yang pakar dan paling berpengalaman, Baek Jong Won sangat dipercayai untuk mengatur pasukannya dan menyediakan penyelesaian apabila masalah berlaku.
Selain Baek Jong Won, ahli musim pertama yang kembali menyertai ialah Ahn Bo Hyun, dan 3 ahli baru lain adalah Go Kyung Pyo, Heo Kyung Hwan, dan Lee Soo Geun. Kehadiran Go Kyung Pyo dalam rancangan ini sememangnya dinanti-nantikan penonton.
Dalam setiap episod, mereka akan menerima kertas permintaan yang mengandungi butiran untuk setiap misi, seperti masa memasak, bilangan orang dan arahan lain.
Ahli-ahli membawa keperluan memasak di dalam beg galas mereka
Seperti tajuknya, ahli The Backpacker Chef akan mengembara dengan beg galas besar yang mengandungi semua yang mereka perlukan untuk memasak. Masing-masing membawa beg galas yang berlainan isinya.
Lokasi memasak yang tidak dijangka
Pertunjukan Backpacker Chef berlangsung di lokasi yang berbeza dalam setiap episod. Ahli akan melancong ke tempat asing dan akan memasak di sana. Mereka hanya akan tahu destinasi mereka apabila tiba di lokasi tersebut.
Memasak dalam kuantiti yang banyak dengan masa yang terhad
Ahli akan memasak hidangan yang disesuaikan dengan permintaan pelanggan. Memasak bahagian besar adalah satu lagi cabaran yang dihadapi. Selain itu, mereka juga perlu memasak dengan masa yang terhad. Walaupun keletihan, segala usaha mereka membuahkan hasil dengan hidangan yang lazat dan mengenyangkan.
Bertindak cepat dalam menyelesaikan masalah
Ia tidak selalu berjalan lancar, kadang-kadang timbul masalah atau perkara yang tidak diduga berlaku semasa memasak. Akibatnya, mereka terpaksa memerah otak untuk menyelesaikannya. Sebagai orang yang paling berpengalaman, Baek Jong Won membantu ahli lain untuk mencari penyelesaian.