Home Entertainment The Day Will Come, Kisah Benar Netflix Tentang Rumah Anak Yatim Neraka

The Day Will Come, Kisah Benar Netflix Tentang Rumah Anak Yatim Neraka

0

“The Day Will Come”, berdasarkan kisah benar yang sangat menyedihkan, menyayat hati, meruntun jiwa ketika anak-anak yatim yang tidak berdosa dan naif diperlakukan seperti binatang!

“The Day Will Come” ialah sebuah filem drama pendek sebanyak 3 episod dari Denmark yang dikeluarkan pada 2016, diarahkan oleh Jesper W. Nielsen.

”The Day Will Come” ini berdasarkan kisah sebenar dari Godhavn dan rumah anak yatim lain pada 1960-an Denmark, di mana ramai kanak-kanak lelaki menjadi mangsa keganasan, penderaan seksual dan pengabaian perubatan. Disini juga dimana dua beradik, Elmer dan Erik, dibesarkan.

IMG 8520

Kehidupan mereka ibarat dilemparkan ke dalam kekacauan apabila penguasa rumah yang kejam dan kesat, Freddie, memulakan rejimen hukuman dan keganasan terhadap budak lelaki itu. Pengetua, guru-guru dan penjaga rumah anak yatim yang bertopengkan iblis.

2 adik beradik lelaki yang ketika itu baru berumur 10 dan 13 tahun, Erik dan Elmer. Mereka dihantar ke rumah anak yatim lelaki Gudbjerg kerana ibu mereka sakit dan tidak mampu menjaga mereka.

IMG 8489

Rumah anak yatim itu diuruskan oleh Pengetua yang bernama Freddie Heck, seorang lelaki yang kejam, tidak berhati perut dan suka memukul dan menyiksa anak-anak yatim di situ.

The Day Will Come

Bukan itu sahaja, salah seorang guru mereka juga menggunakan anak-anak yatim tersebut sebagai pemuas nafsunya. Walaupun tidak ditunjukkan perlakuan sebenar, hanya dengan suara kesakitan dan rintihan anak-anak yang digunakan sudah cukup membuatkan hati setiap para penonton terasa disiat-siat dan berkecai!

Namun Elmer dan Erik sangat kuat semangat! Walau apa pun siksaan yang mereka dapat, mereka tidak pernah berputus asa! Sehingga suatu hari mereka mendapat idea untuk melarikan diri!

The Day Will Come IMG 8530

“The Day Will Come” ini juga memberi tumpuan tentang ketabahan dan keazaman dua beradik itu ketika mereka menentang kekejaman dan ketidakadilan yang mereka hadapi. Filem ini meneroka tema harapan, daya tahan dan cinta persaudaraan, sambil menangani isu sosial seperti rasuah institusi, penderaan kanak-kanak dan dinamik kuasa dalam sistem.

IMG 8529

Filem ini mempunyai barisan pelakon yang hebat-hebat, dengan Lars Mikkelsen menyampaikan persembahan cemerlang sebagai penguasa Freddie yang berhati dingin.

IMG 8488

Pelakon muda yang memegang watak adik beradik, Harald Kaiser Hermann dan Albert Rudbeck Lindhardt, turut memberikan persembahan yang mengagumkan, membawakan kedalaman dan emosi kepada peranan masing-masing.

IMG 8525

“The Day Will Come” menerima ulasan positif dan dipuji kerana cerita yang direka dengan baik, persembahan yang hebat dan sinematografi yang menarik. Filem ini menawarkan pandangan yang mendalam tentang realiti pahit penjagaan institusi dan kesannya terhadap kehidupan golongan muda. Disebalik sisi kelam kisah benar ini, ia juga memberi inspirasi untuk setiap insan yang hampir berputus asa dalam kehidupan.

Secara keseluruhannya, “The Day Will Come” mesti ditonton oleh peminat drama yang menggugah fikiran dan merupakan peringatan yang kuat tentang kepentingan harapan dan kasih sayang persaudaraan dalam menghadapi kesukaran. Kita juga dapat melihat kegagalan sistemik perlindungan kanak-kanak dengan akibat penderaan, pengabaian/kecuaian perubatan dan kekejaman.

IMG 8524

“The Day Will Come” ini juga telah memenangi 9 Roberts Awards dan dicalonkan untuk 8 lagi pada 2017 seperti berikut:

Bodil (2017) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lars Mikkelsen
Bodil (2017) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sofie Gråbøl
Robert (2017) Filem Terbaik
Robert (2017) Terbaik Lakon Layar Asal
Robert (2017) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lars Mikkelsen
Robert (2017) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sofie Gråbøl
Robert (2017) Rekaan Pengeluaran Terbaik
Robert (2017) Rekaan Kostum Terbaik
Festival Filem Antarabangsa Norway (2016) Hadiah FIPRESCI

Barisan Pelakon:

Lars Mikkelsen sebagai Pengetua Frederik Heck
Sofie Gråbøl sebagai Guru Lilian
Harald Kaiser Hermann sebagai Elmer
Albert Rudbeck Lindhardt sebagai Erik
Laurids Skovgaard Andersen sebagai Tøger
Lars Ranthe sebagai Guru Besar Toft Lassen
Søren Sætter-Lassen sebagai Guru Aksel
David Dencik sebagai Inspektor
The Mother Hartmann Sonja
Solbjørg Højfeldt sebagai Puan Oskarson
Paw Henriksen sebagai Uncle

Saksikan kisah penuh mereka di platform striming Netflix.

TRAILER

Baca Lagi: “Yara” Filem Netflix 2021 Dari Kisah Benar, Gadis Yang Dibunuh Dengan Kejam

Baca Juga: Kisah Benar Jenayah Berprofil Tinggi dalam Filem On My Skin