The Divorce Insurance merupakan drama Korea terbaru yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat pelakon Lee Dong Wook.
Drama ini bukan sahaja menampilkan Lee Dong Wook, tetapi juga Lee Kwang Soo, Lee Joo Been dan Lee Da Hee.
Drama ini akan disiarkan pada 31 Mac 2025 di Prime Video. Jadi, sebelum menonton, jom baca sinopsis dulu ya!
The Divorce Insurance mengisahkan No Ki Jun (Lee Dong Wook) yang bekerja dalam pasukan pembangunan produk sebuah syarikat insurans. Dia kelihatan sempurna dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki, tetapi telah berkahwin tiga kali dan berakhir dengan perceraian setiap kali.
Akibatnya, kedua-dua jiwa dan kewangannya mengalami tekanan yang hebat. Sungguhpun begitu, dia tetap teguh dengan pendiriannya dan dengan bangganya mendedahkan sejarah perceraiannya, walaupun berdepan pelbagai prasangka.
Di tengah-tengah peningkatan kadar perceraian, No Ki Jun mengambil inisiatif untuk mencipta produk insurans perceraian. Ini kerana dia menganggap perceraian sebagai satu malapetaka yang tidak dijangka dalam hidup seseorang.
Dia juga membentuk pasukan khas yang terdiri daripada Kang Han Deul (Lee Joo Been), An Jeon Man (Lee Kwang Soo), dan Jeon Na Rae (Lee Da Hee).
Kang Han Deul ialah under writer yang bertanggungjawab menyemak kontrak insurans. Dia pernah hidup dengan kesabaran, tetapi selepas bercerai, dia memutuskan untuk menjalani kehidupannya secara berbeza.
Manakala An Jeon-Man pula seorang yang sentiasa mengutamakan keselamatan, mempunyai personaliti yang berhati-hati dan bijak. Sebagai risk surveyor, tugasnya adalah untuk memberi nasihat tentang pencegahan risiko dan program insurans yang berkesan. Menyertai pasukan insurans perceraian adalah cabaran terbesar dalam hidupnya.
Jeon Na Rae ialah seorang ahli matematik kewangan yang bercerai sejurus selepas pulang dari bulan madu kerana perbezaan prinsip dengan bekas suaminya. Dia tidak pernah menyesali pilihan atau keputusan yang dia buat. Dalam pasukan insurans perceraian, dia berkhidmat sebagai penganalisis kuantitatif yang memberikan nasihat khusus.
The Divorce Insurance bukan semata-mata tentang perhubungan– ia mengenai perjalanan untuk mencari dan memilih kebahagiaan, walaupun selepas pengalaman yang paling sukar.
Lee Dong-wook menjelaskan, “Siri ini meneroka bagaimana perkahwinan dan perceraian, pada akhirnya, tentang mencari kebahagiaan.” Lee Joo-been turut berkongsi bahawa wataknya boleh dikaitkan, terutamanya bagi mereka yang mencari permulaan baru.
Pengarah Lee Won-seok menghuraikan, “Saya tertumpu pada titik permulaan yang baru. Kegagalan boleh menjadi permulaan yang baru.” Dia berkongsi tentang bagaimana ia bukan tentang terperangkap dalam jangkaan masyarakat, tetapi tentang mencipta dunia anda sendiri. Dia membuat kesimpulan, “Saya harap penonton akan menonton The Divorce Insurance ini dan memperoleh keberanian dan keselesaan.”
Profil Pelakon The Divorce Insurance
Berikut adalah profil pemain dalam The Divorce Insurance
1. Lee Dong Wook
Lee Dong Wook ialah seorang pelakon kelahiran 6 November 1981 yang telah berlakon sejak 1999 dalam drama Korea School 2. Nah, sejak itu dia mula aktif berlakon sehingga mula dikenali ramai menerusi drama Korea Goblin (2016).
Berikut adalah drama Korea lain yang pernah dibintanginya, A Shop for Killers (2024), Tale of the Nine Tailed 1938 (2023), dan Bad and Crazy (2021).
2. Lee Kwang Soo
Lee Kwang Soo ialah seorang pelakon kelahiran 14 Julai 1985 yang juga dikenali sebagai bekas ahli Running Man. Walaupun dia dikenali sebagai ahli Running Man, dia juga aktif dalam lakonan.
Ini ialah antara beberapa drama Korea yang dibintanginya, The Manipulated (2025), Karma (2025), No Way Out: The Roulette (2024), The Sound of Your Heart (2016), dan The Killer’s Shopping List (2022).
3. Pelakon Lain
• Lee Joo Been – Kang Han Deul
• Lee Da Hee – Jeon Na Rae
• Chu So Jung – Jo A Young
• Kim Won Hae – Na Dae Bok