Daripada pencipta “The Penthouse: War in Life,” The Escape of the Seven sebanyak 17 episod ini ialah siri misteri thriller yang melibatkan kehilangan dan kematian pelajar sekolah menengah bernama Bang Da Mi dan aksi pembalasan dendam orang tersayangnya terhadap tujuh orang yang menganiaya dirinya.
Daripada satu pendedahan kepada satu pendedahan, “The Escape of the Seven” episod 12 yang telah ditayangkan pada 28 Oktober 2023, mempamerkan satu lagi “plot-twist” yang mengejutkan tentang watak Matthew Lee (Um Ki-joon). Satu lagi kejadian menimbulkan kekeliruan dan huru-hara di kalangan tujuh watak utama.
Drama The Escape of The Seven telah menghadiahkan penonton dengan spoiler menarik dari episod 13 yang dijadualkan tayang pada Jumaat, 3 November 2023.
Dari pre release SBS pada episod sebelumnya dalam The Escape of the Seven, terungkap bahawa Matthew Lee (Uhm Ki Joon) bukanlah Lee Hwi So.
Lee Hwi So yang sebenar ternyata sedang dikurung oleh Matthew Lee. Penampilan Lee Hwi So kelihatan sangat mengejutkan dengan rambut panjang terurai tidak terurus dan kesan parut yang di wajahnya.
Dalam preview episod akan datang, situasi akan terbalik dimana Matthew Lee akan menyerang Kang Ki Tak (Yoon Tae Young). Namun, Kang Ki Tak sepertinya berhasil menyelamatkan diri. Dia masuk ke dalam sebuah ruangan dengan menghancurkan pintu.
Matthew Lee sendiri sepertinya sengaja mengumpan Min Do Hyuk (Lee Joon) agar melihat video mesra Kang Ki Tak dengan Geum Ra Hui (Hwang Jung Eum) untuk merosakkan hubungan dan kepercayaan mereka. Kemungkinan video tersebut merupakan video palsu yang dibuat menggunakan deepfake agar Min Do Hyuk berada di pihaknya.
Menariknya lagi, bagaimana Kang Ki Tak boleh menemukan kasut buatan kulit buaya milik K (Kim Do Hoon) yang digunakannya ketika menyerang Min Do Hyuk?
Di babak lain, Min Do Hyuk juga menaruh curiga bahawa lelaki misteri yang datang ke rumahnya adalah Kang Ki Tak. Geum Ra Hui pula akan terkejut saat melihat Matthew Lee selamat.
Selanjutnya, Geum Ra Hui harus menuruti semua perintah Matthew Lee. Geum Ra Hui sepertinya berhasil melaksanakan perintah Matthew Lee. Go Myung Ji (Jo Yoon Hee) juga berjaya memasuki galeri Group Sungchan, Geum Ra Hui berhasil meyakinkan publik, dan Cha Joo Ran (Shin Eun Kyung) akhirnya berhasil kembali ke rumah Pengarah Sim. Nampaknya kehancuran group Sungchan semakin dekat.
Persoalannya sekarang, yang membuatkan jiwa para penonton semakin kacau, siapakah sebenarnya gerangan Matthew Lee?
Adakah Matthew Lee adalah Bang Hyun Woo anak lelaki dari Bang Chil Sung (datuk Bang Da Mi) yang merupakan ayah kandung Bang Da Mi (Jung Lael) atau mungkinkah K?
Bagaimana pula nasib Min Do Hyuk, adalah dia tetap akan mempercayai Kang Ki Tak atau Matthew Lee? Dan Michell pula? Mungkinkah Michell adalah kakak Ji Ah yang telah dibunuh oleh K?