Home Entertainment The Escape of The Seven Episod 4, Datuk Bang Da Mi Bakal...

The Escape of The Seven Episod 4, Datuk Bang Da Mi Bakal Balas Dendam Atas Kematian Bang Da Mi?

0

Drama The Escape of The Seven telah mendedahkan preview menarik dari episod 4 yang dijadualkan tayang malam ini di Viu pada Sabtu, 23 September 2023.

The Escape of The Seven tayang perdana pada 15 September 2023 dengan menyuguhkan 17 episod bagi musim pertamanya.

The Escape Of The Seven berkisah tentang CEO syarikat produksi drama, bekas gangster, calon idola, doktor OB-GYN, CEO di industri hiburan, dan guru seni sekolah yang terlibat dalam pembunuhan dan kehilangan seorang gadis.

The escape of the seven

Saat mereka berusaha melarikan diri dari nasib malang dan mengejar kebenaran, mereka justeru mendapati diri mereka terlibat dalam sebuah rahsia, pembohongan, dan keinginan dalam kisah pembalasan dendam yang sangat mencengkam ini.

Dipetik dari pre release SBS pada episod sebelumnya dimana Bang Chil Sung (Lee Deok Hwa) tidak boleh menerima kenyataan bahawa Bang Da Mi (Jung Lael), satu-satu cucunya telah mati dibunuh.

Bang Chil Sung mendapati Geum Ra Hee (Hwang Jung-eum) bertemu dengan penyangak Scarlett Letter dan membawa banyak wang tunai. Hal tersebut membuatkan Bang Chil Sung mula mencurigai Geum Ra Hee.

Akhirnya Joo Yong Joo (Kim Ki Doo) si penyangak Scarlett Letter ditangkap oleh orang-orang Bang Chil Sung. Dia dicurigai sebagai pembunuh Bang Da Mi. Namun sepertinya bukan dia yang membunuh Bang Da Mi. Ini adalah kerana ketika kejadian Joo Young Joo sedang melakukan siaran langsung.

Park Nan Young (See Young Hee), orang kanan Bang Chil Sung telah bertemu dengan Bang Chil Sung dan memaklumkan Bang Chil Sung bahawa sebenarnya orang-orang di sekelilingnya ingin menyingkirkan Bang Da Mi.

IMG 5892

Saat mengetahui bahawa kehamilan cucunya itu dipalsukan, Bang Chil Sung mula merasa curiga jika Cha Joo Ran (Shin Eun Kyung) juga menipu tentang kehamilannya sendiri.

Pada episod malam ini, Cha Joo Ran sepertinya akan dihalau keluar dari rumah Bang Chil Sung. Selanjutnya, akan terjadi insiden kebakaran di rumah ibubapa angkat Bang Da Mi. Kemungkinan pelakunya adalah Joo Yong Joo. Adakah Joo Yonh Joo diupah oleh Geum Ra Hee sekali lagi?

Disisi lain, Park Nan Young (Ibu angkat Bang Da Mi) juga cuba untuk bertemu dengan Han Mo Ne (Lee Yoo Bi) untuk mengungkapkan kebenaran. Namun, sebaliknya dia dihalau.

Ayah angkat Bang Da Mi, Lee Hwi So (Min Young Gi) akan mula sedar bahawa dirinya telah dibius oleh pegawai polis Nam Chul Woo (Jo Jae Yoon). Lee Hwi So berhasil melarikan diri dan berusaha bertemu dengan Nam Chul Woo bagi mendapatkan kebenaran. Justeru, Siapa orang yang memberi arahan kepada Nam Chul Woo?

Min Do Hyuk (Lee Joon) sepertinya juga akan kehilangan ibunya Jung Mi So (Lee Jong Nam) untuk selama-lamanya. Dia  terlihat sangat marah dan menangis hiba.

Apakah hal tersebut adalah perbuatan dari Yang Jin Mo (Yoon Jong Hoon)?
Kemungkinan Cha Joo Ran dan Geum Ra Hee akan merasa panik dan tidak keruan setelah mendengar khabar bahawa Bang Chil Sung akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan kes pembunuhan dan kehilangan Bang Da Mi.

Bang Chil Sung nampaknya akan mendedahkan bahawa cucunya Bang Da Mi belum meninggal dunia. Bukan itu sahaja, Bang Chil Sung turut meluahkan rasa amarahnya bahawa dia akan membalas dendam terhadap mereka yang telah menyiksa cucunya itu.

IMG 5895

Agak-agaknya, siapa dalang disebalik pembunuhan Bang Da Mi? Dan mengapa jasad Bang Da Mi tidak ditemukan setelah dia ditembak?

Nah, saksikan kelanjutan kisah menarik dari “The Escape of The Seven” episod 4 yang akan tayang malam ini Sabtu, 23 September 2023 pada jam 10.30 malam di Viu ya!

Anda juga boleh tonton disini

 

Baca lagi: 2 Episod Pertama “The Escape Of The Seven” Meraih Rating Tinggi, Tetapi Dikritik K-netz
Baca juga: 5 Kdrama Menarik Di Viu September Ini, Wajib Tonton
Baca lagi: The Escape Of The Seven, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon