Home Entertainment The Escape Of The Seven: Karma Bakal Menanti 7 Orang Pendosa di...

The Escape Of The Seven: Karma Bakal Menanti 7 Orang Pendosa di Episod 5

0

Pembalasan yang dinanti-nantikan oleh penonton untuk 7 Orang Pendosa dalam drama Korea The Escape Of The Seven, dimana anda bakal dapat menyaksikannya di episod 5 malam ini!

Drama Jumaat-Sabtu “The Escape of the Seven” telah melancarkan pegun disebalik tabir! Uhm Ki Joon bakal muncul menghukum 7 orang pendosa dalam episod seterusnya dan akan dikategorikan sebagai tontonan 19+ sahaja!

Dibintangi oleh Uhm Ki Joon, Hwang Jung Eum, Lee Joon, Lee Yoo Bi, Shin Eun Kyung, Yoon Jong Hoon, Jo Yoon Hee dan Jo Jae Yoon.

Escape of the seven

Walaupun The Escape Of The Seven mempunyai cerita yang rumit dan konflik yang kompleks, tetapi penonton tampaknya menikmati setiap kisahnya. Hal itu terbukti dari laporan Nielsen Korea, yang menyatakan bahawa drama The Escape Of The Seven mencapai rata-rata rating nasional sebanyak 7,7 peratus dalam episod sebelumnya.

ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER!

Dalam preview episod 5 menunjukkan ketujuh orang yang telah terlibat dengan kehilangan Bang Da Mi akan mendapatkan balasan dan dikutuk kerana melakukan pelbagai kejahatan yang sudah melangkau kewarasan.

Di tengah-tengah situasi ini, senyuman sinis Matthew Lee (Uhm Ki Joon), pengutuk kejahatan yang dijangka akan menjatuhkan hukuman kepada mereka, bakal menarik perhatian penonton!

IMG 6437

Jangkaan adalah tinggi untuk persembahan gila Matthew Lee, yang akan menjadi titik perubahan drama ini, serta insiden yang melibatkan Matthew Lee dan tujuh orang pendosa itu. Namun persoalan terbesar adalah, siapakah Matthew Lee sebenarnya?

Namun kemungkinan penonton juga akan disajikan dengan kejutan dan plot twist dalam episod 5 The Escape Of The Seven, dimana Bang Da Mi kemungkinan akan muncul kembali.

Imbasan Episod 4

Dalam adegan terakhir episod sebelumnya, terlihat Do Hyeok kehilangan ibu dan adiknya kerana rumahnya yang berada di tingkat atas rumah Bang Da Mi turut terbakar ketika rumah kekuarga angkat Bang Da Mi dibakar oleh Scarlet Letter.

IMG 6449

Sementara itu, datuk Bang Da Mi iaitu Bang Chil Sung juga mati dibunuh oleh Ra Hee dan Ju Ran, semua harta pusaka yang dia miliki diberikan pada orang lain yang belum diketahui siapa orangnya.

IMG 6450

Ra Hee tidak mendapatkan sesen pun peninggalan dari bapa mertuanya itu, sementara Ju Ran pula masih mendapat ihsan dari Bang Chil Sung dan diberikan 10 juta won. Manakala Hwi So, bapa angkat Da Mi ditangkap semula dan kembali ke penjara. Memburukkan lagi keadaanya, kini dia dituduh telah membunuh Bang Chil Sung kerana mayat Bang Chi Sung dijumpai di kawasan yang berdekatan dimana Hwi So dijumpai.

IMG 6445

Preview Episod 5

Terlihat rakaman preview episod 5 ketika Bang Chil Sung memberikan semua hartanya kepada seseorang dengan tangan yang dibalut. Sementara itu, terlihat juga seorang gadis dengan topi yang serupa seperti
Bang Da Mi.

Bukan itu sahaja, 7 orang yang terlibat dengan ke Bang Da Mi terlihat bersenang-lenang. Mungkin mereka merasa bahawa hidup mereka sudah tenang dan tidak akan ada pembuat onar yang menyusahkan hidup mereka lagi.

Tetapi di akhir rakaman preview itu juga penonton diperlihatkan bahawa ketujuh orang tersebut mula mendapat balasan dan ditempatkan di sebuah pulau terasing di mana mereka harus bertahan hidup.

IMG 6446

Jangan lupa saksikan episod seterusnya setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam, hanya di Viu!

Baca lagi: 7 Escape, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon
Baca juga: The Escape of The Seven Episod 4, Datuk Bang Da Mi Bakal Balas Dendam Atas Kematian Bang Da Mi?