Dibintangi oleh Uhm Ki Joon, Hwang Jung Eum, Lee Joon, Lee Yoo Bi, Shin Eun Kyung, Yoon Jong Hoon, Jo Yoon Hee dan Jo Jae Yoon., “The Escape of the Seven” mengikuti kisah tujuh watak yang terlibat dalam kehilangan seorang gadis muda, yang terjerat dalam jaringan pembohongan dan cita-cita yang rumit.
“The Escape of the Seven” ialah projek bersama ketiga oleh penulis skrip Kim Soon Ok dan pengarah Joo Dong Min yang sebelum ini bekerjasama dalam “The Last Empress” dan siri hit “The Penthouse”.
Dalam episod lepas The Escape of the Seven, Matthew Lee (Uhm Ki Joon) yang akhirnya muncul di episode 5 The Escape of The Seven semakin menambah debaran. Karakter tersebut dilakonkan oleh Uhm Ki Joon yang kembali bekerjasama dengan penulis naskah Kim Sun Ok setelah drama fenomenal The Penthouse.
Baca lagi: The Escape Of The Seven: Karma Bakal Menanti 7 Orang Pendosa di Episod 5
Dalam The Escape of the Seven, watak ini membalas dendam terhadap tujuh orang yang telah menzalimi anak angkatnya, Bang Da Mi (Jung Lael). Bagaimanakah Matthew Lee membalas dendam terhadap tujuh pendosa itu?
1. Membina syarikat menggunakan duit Bang Chil Sung
Berita kematian Bang Chil Sung (Lee Deok Hwa) cukup mengejutkan para penonton The Escape of the Seven. Dia dinyatakan meninggal dunia setelah ditolak kekasih dan menantunya dari jembatan gantung. Ternyata dia disembunyikan dan masih hidup.
Kini, Bang Chil Sung hanya percaya pada bapa angkat Bang Da Mi. Dia rela melakukan apa sahaja untuk membantu membalaskan dendam Bang Da Mi.
Bang Chil Sung membantu Hwi So untuk keluar dari penjara dengan memberinya sejumlah duit yang besar. Atas bantuannya, Hwi So mampu bangkit dan menjadi orang baru. Kini tujuannya hidup hanya satu, membalas dendam kepada tujuh pendosa yang membuat anaknya menderita.
2. Menggunakan identiti palsu setelah menjalani pembedahan plastik
Matthew Lee tampil ikonik dengan rambut blonde, status kaya raya, dan disegani kaum elite, khususnya pemilik syarikat hiburan. Karakter yang dilakonkan oleh Uhm Ki Joon sememangnya sudah dinanti-nantikan dari awal episod lagi, dan akhirnya dia muncul di episod 5.
Matthew Lee adalah wajah baru Lee Hwi So, ayah angkat Bang Da Mi yang sepatutnya duduk di penjara. Setelah wajahnya dicacatkan, dia menjalani pembedahan plastik dan mendapatkan identiti palsu dengan duit pemberian Bang Chil Sung (datuk Bang Da Mi)
Rancangan balas dendamnya adalah mendekati para pelaku yang menzalimi Bang Da Mi. Matthew Lee bermula dengan membina syarikat ternama, dia terus melebarkan pengaruhnya sehingga menarik perhatian Geum Ra Hee (Hwang Jung Eum) dan Yang Jin Mo (Yoon Jong Hoon) yang licik dan tamak haloba.
3. Menaja pesta Han Mo Ne
Di bawah kawalan Geum Ra Hee, karier Han Mo Ne (Lee Yu Bi) sebagai idol semakin lancar. Walaupun begitu, kejayaannya yang menaikkan namanya nampaknya bakal membuatkan dia jatuh tersungkur semula.
Umpan pertama Matthew Lee menepati sasaran. Dia mengubah pesta peminat Han Mo Ne menjadi pesta dadah. Kesemua tujuh pendosa termasuk Han Mo Ne sendiri sudah jatuh dalam perangkap Matthew Lee.
Dan ini termasuk juga Joo Yong Joo (Kim Ki Doo), sang pemilik akaun Scarlet Letter yang turut sama menzalimi Bang Da Mi sebelum ini. Kerana rasa disisihkan, Joo Yong Joo mengungkit semula kehilangan Bang Da Mi, dan menyalahkannya Han Mo Ne.
Provokasi itu memberi tamparan hebat dan ketakutan dalam diri Han Mo Ne. Han Mo Ne mula dibayangi dan dihantui Bang Da Mi semula.
4. Mengadu domba tujuh pendosa yang menzalimi Bang Da Mi
Terdapat tujuh orang yang menjadi sasaran balas dendam Matthew Lee. Mereka adalah guru kelas, teman sekelas, ibu kandung, polis, dan tiga orang asing lain yang pernah membuat hidup Bang Da Mi menderita.
Ketujuh orang ini berjaya selamat dari permainan yang diatur oleh Matthew Lee. Walaupun demikian, kegembiraan mereka setelah berjaya melarikan diri dari pulau itu hanya sementara. Setiba mereka dengan selamat di hotel, beberapa kejadian misteri yang menghantui mereka.
Mereka mula saling menuduh satu sama lain. Di tengah kekecohan itu, Matthew Lee tiba-tiba muncul untuk menyelamatkan keadaan mereka dari disyaki oleh polis. Saat itu juga, Matthew Lee sedar yang mereka sememangnya mudah dipengaruhi.
Kes kehilangan Bang Da Mi telah meninggalkan luka mendalam bagi Matthew Lee. Selain itu, Bang Da Mi masih belum diketahui keberadaannya sehingga saat ini. Kali terakhir, Bang Da Mi ditembak ketika melakukan siaran langsung, tetapi jasadnya tidak ditemukan.