Home Kdrama/Kmovie The Escape of the Seven: Resurrection, Medusa Watak Penuh Misteri

The Escape of the Seven: Resurrection, Medusa Watak Penuh Misteri

0

The Escape of the Seven kembali dengan musim ke 2. Ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di Viu, drama ini menampilkan jalan cerita yang lebih rumit untuk para penonton.

Kali ini, ada watak misteri baru yang bernama Medusa yang membantu rancangan balas dendam Min Do Hyuk. Siapakah sebenarnya Medusa yang muncul dalam The Escape of the Seven: Ressurection kali ini?

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Watak berselubung hitam di awal episod 1 adalah Geum La Hui

The escape of the seven Di episod pertama adegan pertama, penonton diperkenalkan dengan watak berselubung hitam yang sedang melihat gambar-gambar Bang Da Mi (Jung Lael). Terungkap bahawa watak itu sebenarnya adalah Geum La Hui (Hwang Jung Eum).

Itu adalah rumah persembunyian Geum La Hui sewaktu menyembuhkan diri selepas kakinya dipotong. Sebelum ini, kaki Geum La Hui pernah terkena perangkap beruang. Dia menolak untuk dibedah dan akhirnya perlu menggunakan kaki palsu.

Selepas mengetahui kebenaran bahawa dalang pembunuhan anaknya adalah Matthew Lee (Uhm Ki Joon) atau Sim Jun Seok (Kim Do Hoon) yang juga dikenali sebagai K, Geum La Hui memutuskan untuk membalas dendam. Balas dendamnya dimulakan sejak episod 3.

 

2. Di episod 3 terdedah bahawa Medusa adalah Geum La Hui

9637dfb0 c26f 4ee6 bc8e f587a97b06e9Di episod 3, Min Do Hyuk (Lee Joon) dikejutkan dengan watak bernama Medusa yang menggodam panggilannya dengan Kang Ki Tak (Yoon Tae Young). Ternyata Medusa adalah Geum La Hui yang menggunakan alat pengubah suara.

Dia merancang membantu aksi balas dendam Min Do Hyuk secara diam-diam. Geum La Hui memberikan maklumat kepada Min Do Hyuk untuk menyelamatkan No Han Na (Shim Ji Yoo).

Sayangnya, Min Do Hyuk mula tidak mempercayai Medusa kerana dia menyangka sosok yang menghubunginya itu membiarkan Yoon Ji Sook (Kim Hyun), ibu Han Mo Ne (Lee Yoo Bi) meninggal dunia. Padahal di akhir episod 4, dijelaskan bahawa Geum La Hui atau Medusa mencari tubuh pengganti untuk menggantikan tempat ibu Han Mo Ne.

 

3. Mungkinkah ada kaitan antara Medusa dengan Save atau Hwang Chan Sung

0badcd83 4ad3 4927 9677 56476454a597Hwang Chan Sung (Lee Jung Shin) adalah watak baru dalam The Escape of the Seven: Resurrection (2024). Dia adalah pemilik syarikat Save yang diceritakan akan berkahwin dengan Han Mo Ne.

Ternyata Hwang Chan Sung juga mempunyai dendam terhadap K kerana musuhnya itu pernah menjadi kekasih Han Mo Ne. Sebelum Han Mo Ne debut, Hwang Chan Sung seolah-olah sudah jatuh hati dengan bakal isterinya itu.

Di episod 3, sewaktu menyamar sebagai Medusa, Geum La Hui menggunakan server Save untuk menggodam Min Do Hyuk. Apakah ada kemungkinan Geum La Hui, Min Do Hyuk, dan Hwang Chan Sung akan bekerjasama di masa depan? Atau bakal ada plot twist lain di antara mereka?

Jangan lupa saksikan episod seterusnyaThe Escape of The Seven: Resurrection.

Tonton drama ini yang tayang setiap hari Jumaat dan Sabtu di Viu. Jangan lupa tonton ya!!

Baca lagi: The Escape of The Seven: Resurrection Semakin Sengit, Permulaan Plot Dendam Min Do Hyuk
Baca juga: The Escape of The Seven Musim 2, Penampilan Mengejutkan 2 Bintang Baharu