Drama Korea ‘The Fiery Priest 2‘ episod 9 baru sahaja ditayangkan di saluran Disney Plus Hotstar. Rating drama Korea ini telah menurun kepada 11.3 peratus daripada 12.1 peratus pada episod sebelumnya.
Berbaki 3 episod lagi, Kim Hae Il (Kim Nam Gil) dan Park Kyung Sun (Honey Lee) menyamar untuk menyiasat kes kartel dadah. Namun masih terdapat banyak persoalan belum terjawab. Berikut adalah 7 persoalan yang mesti diselesaikan dalam pengakhiran drama ‘The Fiery Priest 2’, mari kita lihat dibawah ya!
1. Bagaimana Kartel Dadah Dibanteras
Bagaimanakah Kim Hae Il dan pasukannya menangkap kumpulan kartel dadah yang diketuai oleh Kim Hong Shik?
Sementara itu Kim Hong Shik mengawal pelbagai jenis senjata termasuk bom dan gas beracun yang mampu membunuh beribu-ribu orang.
2. Bagaimana Keadilan Ditegakkan
Semua anggota Polis Busan dikawal oleh Pendakwaraya Nam Doo Heon (Seo Hyun Woo) dan Kim Hong Sik, menjadikannya mudah untuk memanipulasi kes.
Bagaimanakah keadilan dapat ditegakkan dan pegawai rasuah dipertanggungjawabkan atas perbuatan jenayah mereka?
3. Nasib Akhir Kim Hong Shik
Adakah Kim Hong Shik akan ditangkap dengan mudah dan masuk penjara kerana tindakannya atau adakah dia akan memilih untuk melarikan diri ke Laos?
Alternatif lain ialah Kim Hong Shik memutuskan untuk mengakhiri hidupnya daripada menghabiskan masa di penjara.
4. Nasib Akhir Kim Hae Il
Sekarang semua orang tahu tentang penyakit paderi, adakah Kim Hae Il berjaya bertahan dari penyakit seriusnya?
5. Pendakwa Kim Ma Ri
Masih belum diketahui sama ada Pendakwa Kim Ma Ri (Hwang Jung Min) bekerja di bawah arahan Park Byung Il atau membelot Nam Doo Heon.
Apakah sebab menghalang Pendakwa Park Kyung Sun daripada mencari aset rasuah yang disembunyikan oleh pendakwa raya Nam Doo Heon?
6. Masa Depan Chae Do Woo
Adakah Choi Do Woo (Seo Bum June) akan menjadi paderi yang mendapat misi seperti pasukan Kim Hae Il?
7. Adakah penyamaran Park Kyung Sun terbongkar?
Park Kyung Sun (Lee Hanee) dan Kim Hae Il (Kim Nam Gil) menyamar di pangkalan dadah Kim Hong Shik untuk meredakan bom.
Bagaimana penyamarannya di hadapan Kim Hong Shik akan terbongkar, apakah keputusan yang akan diambil oleh Kim Hong Shik?
Nantikan jawapannya di episod akan datang ya!