Home Reality Show The Future Diary: Kisah Cinta Tak Kesampaian Diatur Oleh Sebuah Diari

The Future Diary: Kisah Cinta Tak Kesampaian Diatur Oleh Sebuah Diari

0

Terdapat banyak cara untuk cari pasangan, ada yang jumpa jodoh di tempat pengajian, aturan keluarga atau rakan, tempat kerja, dalam talian dan macam-macam lagi. Tetapi untuk cari cinta menerusi rancangan realiti TV, lebih baik anda lari jauh-jauh jika tak nak kecewa.

Salah satunya adalah elak serahkan hati ke tangan produser dating show ‘The Future Diary’ (jangan tertukar dengan tajuk sama manga dan anime psychological thriller karya Sakae Esuno).

1 5
Kredit: Netflix

Siri rancangan realiti TV di Netflix ini mengatur dua orang yang saling tak kenal di mana mereka perlu menjalani kisah romantik mengikut ‘skrip’ dalam sebuah diari.

Selalunya orang tulis diari perkara yang dah berlaku, berbeza dengan diari ini apabila tersurat perkara masa hadapan. Senang cakap, catatan diari ini sebenarnya mengandungi itinerari dan arahan ringkas yang pasangan itu wajib ikut selangkah demi selangkah dari mula bercinta sampailah berpisah nanti.

Antara peraturannya adalah pasangan rancangan realiti ini dilarang bertemu semasa dan selepas penggambaran serta bertukar-tukar nombor telefon.

Salah seorang gadis yang terpilih adalah Maai Nakasone, pelajar kolej, 19 tahun dari Okinawa. Bila buka halaman diari itu, tertulis ayat:

1 Julai

Semasa lawatan ke Yokohama, anda akan terserempak dengan belahan hati. Selepas projek bersama ini, akan muncul sekuntum matahari di hadapan anda. Simbol bunga ini adalah ‘cinta pandang pertama’.

Pada waktu lain, seorang pemuda berusia 24 tahun dan chef pelatih berasal dari Hokkaido, Takuto Wakamatsu turut dapat diari yang sama.

Rancak campaign 1640x614 1 7

Sebelum pertemuan itu, Takuto cukur jambang kerana takut perempuan lari sebelum menyesal berbuat demikian kerana ternyata gadis yang bakal dia date nanti rupanya suka lelaki bermisai/berjanggut. Nampak maskulin gitu.

Selepas dipertemukan dengan cara yang misteri, Maai dan Takuto saling berkenalan walaupun malu-malu pada mulanya.

Tanpa pengetahuan Takuto, Maai dapat entri diari yang mengatakan sekiranya Maai ada hati kepada lelaki itu nanti, sila pendam dan jangan confess.

2
Kredit: Netflix

Kemudian mereka naik bas pergi ke tempat kapal persiaran berlabuh di Yokohama. Ada kejutan yang menanti mereka di sana. Bukan candle light dinner atau sejambak bunga ros merah sebaliknya kru dapur restoran kapal tu tertinggal di darat dan cuba kejar kapal tu siap dengan kuali di tangan.

Lantas Takuto yang kerjanya sebagai chef itu dikehendaki masak stik untuk para penumpang manakala Maai akan jadi sous chef.

Takuto menangani situasi tersebut dengan begitu jantan sekali, nampak cool semasa panggang stik dengan kuali berapi-api sampai mata Maai nampak bersinar bila melirik ke arahnya. Betul lah kata orang lelaki memang nampak seksi semasa serius dengan kerjanya.

Selepas siap kerja, Takuto kata syabas kepada Maai sambil menghulurkan hamburger yang dia buat daripada lebihan daging stik tadi. Mereka menikmati burger di dek kapal dan pakai gelang tangan couple berlatarkan percikan bunga api warna kuning- kelihatan seperti bunga matahari.

3 5
Kredit: Netflix

Tamat episod 1….

Meskipun penamat rancangan realiti TV tersebut akan menyakitkan pasangan tersebut bila kembali ke realiti sebenar nanti, jatuh cinta menerusi entri diari tetap sebuah kisah yang manis dan klasik.