The Glory merupakan siri TV Non-English Netflix TOP 1 di 79 buah negara sudah ditonton sebanyak 124,460,000 jam!!
The Glory sudah mencuri perhatian sejak penayangan bahagian pertamanya pada 30 Disember 2022. Belum genap seminggu penayangan bahagian 2, The Glory (2023) sudah memperoleh pujian melangit dari seluruh dunia.
Baca Lagi: Fitnah Gosip Liar Yang Menyakitkan Hati Song Hye Kyo
1. The Glory Part 2 tayang pada Jumaat 10 Mac 2023
The Glory Part 2 ditayangkan dengan jumlah 8 episod pada Jumaat 10 Mac 2023. Manakala 8 episod dari bahagian pertamanya ditayangkan pada 30 Disember 2022.
Drama siri ini mencuri perhatian kerana menjadi pentas kemunculan semula Song Hye Kyo. Selain itu, lakonan para pelakon lain turut mencuri perhatian.
Pelakon-pelakon seperti Lim Ji Yeon, Park Sung Hoon, Kim Heiora, Kim Gun Woo, dan Cha Joo Young turut mendapat pujian dan disukai ramai.
2. Muncul nombor 1 dalam TOP 10 Malaysia dan 78 negara lain
The Glory (2022) menjadi siri TV Non-English yang menduduki carta nombor 1 dalam TOP 1 Malaysia. Bukan itu sahaja, drama siri ini juga menduduki carta nombor 1 di 78 buah negara lain.
Bahkan sebelum bahagian kedua ditayangkan,The Glory (2022) memang sudah banyak mencuri perhatian peminat kerana kejayaan bahagian pertama.
3. The Glory (2022) Sudah ditonton sebanyak 124,460,000 jam
Pencapaian luar biasa The Glory (2022) tidak dapat disangkal lagi. Drama siri ini sudah ditonton sebanyak 124,460,000 jam.
Data tersebut dihimpun sejak Isnin, 6 Mac 2023 hingga 12 Mac 2023.
Jika data dikumpulkan hingga ke hari ini, pasti jumlah tontonan yang dikumpulkan akan menjadi lebih banyak.
The Glory merupakan drama siri Korea Selatan yang menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini. Drama siri yang ditayangkan oleh Netflix pada 30 Disember tahun lalu ini telah melancarkan sekuel bahagian ke-2 pada 10 Mac 2023.
The Glory menceritakan tentang kisah buli seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Moon Dong Eun yang dilakonkan oleh Song Hye Kyo yang telah bertekad untuk mendedikasikan hidupnya untuk membalas dendam.
Setelah 18 tahun berlalu, rancangan balas dendam Moon Dong Eun pun dimulakan dengan penuh perasaan dendam dan sakit hati. Dia tekad untuk membawa setiap pembulinya dahulu ke ambang kehancuran.
Namun berakhirnya bahagian pertama drama siri Korea ini masih tetap menghadirkan tanda tanya besar bagi setiap peminat, sehingga membuatkan para pencinta drama Korea sangat menantikan penayangan bahagian keduanya yang ternyata langsung tidak mengecewakan.
Baca Juga: 9 Perkara Song Hye Kyo Yang Mungkin Anda Tidak Tahu