The Good Bad Mother (Bahasa Korea: 나쁜엄마 ) merupakan sebuah drama bersiri dengan tema kekeluargaan, romantik dan komedi, yang menggambarkan hubungan kekeluargaan yang rumit yang dipenuhi dengan persengketaan dan ketegangan.
Dibintangi oleh Ra Mi-ran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin. Ia telah ditayangkan di JTBC pada 26 April 2023, dan disiarkan setiap Rabu dan Khamis pukul 22:30 (KST). Ia juga tersedia untuk penstriman di Netflix di kawasan terpilih.
Selain Ra Mi-ran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin, The Good Bad Mother ini juga dibintangi sejumlah barisan pelakon baru lainnya termasuk Yoo In-soo, Jung Woong-in, Choi Moo-sung, Seo Yi-sook, dan ramai lagi.
The Good Bad Mother adalah drama komedi kekeluargaan yang penuh emosi di JTBC. Drama ini mengfokuskan tentang seorang wanita yang harus kembali menjadi ibu saat anak lelakinya yang sudah dewasa mengalami kemalangan dan tiba-tiba menjadi seperti anak kecil lagi setelah mengalami amnesia.
Baca Lagi: Love With Flaws, Drama Menarik Untuk Ditonton
Watak Utama The Good Bad Mother
- Ra Mi-ran sebagai Jin Young-soon: seorang ibu tunggal yang mengusahakan ladang babi, dan telah menjalani kehidupan yang gigih untuk melindungi anaknya.
- Lee Do-hyun sebagai Choi Kang-ho: Anak lelaki Young-soon yang bekerja sebagai pendakwa raya dan mempunyai personaliti yang berhati dingin. Dia mengalami amnesia dalam kemalangan yang tidak dijangka dan kembali sebagai seorang kanak-kanak. Kim Kang-hoon sebagai Choi Kang-ho muda
- Ahn Eun-jin sebagai Lee Mi-joo: seorang artis kuku yang merupakan kawan lama dan bekas teman wanita Kang-ho.
- Yoo In-soo sebagai Bang Sam-shik: pengacau kampung. Dia telah jatuh cinta dengan Mi-joo sejak kecil.
Watak Pembantu
- Choi Moo-sung sebagai Song Woo-byeok: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Woobyeok.
- Jung Woong-in sebagai Oh Tae-soo: bekas pendakwa raya dan ahli Dewan Negara.
- Hong Bi-ra sebagai Oh Ha-yeong: Anak perempuan tunggal Tae-soo dan tunang Kang-ho.
- Choi Soon-jin sebagai Pengurus So Ji-seok: Pelayan Woo-byeok.
- Park Cheon sebagai Penolong Pengurus Cha: Orang suruhan Woo-byeok.
Orang di Kampung Jowoo
- Kim Won-hae sebagai ketua kampung.
- Kang Mal-geum sebagai Puan Jung: Ibu Mi-joo.
- Seo Yi-sook sebagai Puan Park: Ibu Sam-sik yang mengusahakan kilang bersama suaminya.
- Jang Won-young sebagai Encik Bang: Bapa Sam-sik dan pemilik kilang.
- Lee Sang-hoon sebagai Encik Yang: Dia terlibat dalam banyak bidang di Jowoo-ri, seperti pemilik kilang bir, dongeng bunga dukun, hartanah, dan pemilik rumah tumpangan.
- Park Da-on sebagai Seo-jin: Anak kembar Mi-joo dan kawan baru Kang-ho.
- Ki So-yu sebagai Ye-jin: Anak kembar Mi-joo dan kawan baru Kang-ho.
- Baek Hyun-jin sebagai Trot Baek: seorang komposer sipi dengan cita-cita untuk membina dewan konsert berskala besar di kampung halamannya.
Watak Pembantu Kecil Lain
- Joshua Newton sebagai Andrea: pekerja sambilan asing di ladang.
- Oh Ha-nee sebagai Seon-yung: Rakan seni kuku Mi-joo.
- Seo Dong-hyun
- Kim Seon-bin: Rakan sekelas Kang-ho di Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman.
- Jo Young-gyu
- Kim Ji-woong
Penampilan istimewa
- Cho Jin-woong sebagai Choi Hae-sik, suami mendiang Young-soon
Plot Jalan Cerita
The Good Bad Mother ini berkisah tentang seorang perempuan yang harus kembali menjalani tugasnya sebagai seorang ibu setelah anak lelakinya yang telah dewasa tiba-tiba kembali menjadi anak-anak.
Menyajikan tema “heartwarming comedy”, drama siri ini memiliki jalan cerita yang emosional dan mengharukan, ditambah dengan nuansa komedi yang ringan dan menghiburkan, sememangnya sebuah kisah yang sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Kisah antara ibu dan anak ini akan membawa penonton melihat bagaimana mereka harus berusaha menemukan kebahagiaan sekali lagi dan tentunya akan penuh dengan mesej moral serta nilai kehidupan.
Young Soon, seorang ibu yang rajin dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya. Sebagai seorang ibu tunggal, dia mengusahakan ladang peternakan babi sambil membesarkan anaknya.
Semuanya bermula pada tahun 1986 di kawasan luar bandar Korea, kehidupan baik bermula untuk Young-soon apabila kekasihnya seorang penternak babi muda bernama CHOI HAE-SHIK (penampilan istimewa oleh Jo Jin-woong) telah meminangnya dengan seekor anak babi, dan mereka memulakan keluarga baharu mereka bersama-sama.
Walau bagaimanapun, kebahagian rumahtangga mereka tidak lama apabila tragedi melanda. Disebabkan Sukan Olimpik Seoul akan datang, syarikat pembinaan memusnahkan hartanah, dan para penontom diperkenalkan dengan penjahat utama SONG WOO-BYEOK (Choi Moo-sung). Apabila Hae-shik enggan menjual ladangnya, syarikat pembinaan membakarnya, menyelesaikan masalah itu dengan cara yang paling kejam.
Malangnya, pendakwa dalam kes itu, OH TAE-SOO (Jung Woong-in), bekerja untuk syarikat pembinaan juga, dan dia mengkhianati Hae-shik. Oleh itu, Young-soon menerima panggilan pada suatu malam bahawa suaminya telah meninggal dunia (pembunuhan yang dirancang sebagai bunuh diri), dan dia ditinggalkan sendirian di dunia untuk menjaga anaknya yang belum lahir.
Ibu ini mendidik anaknya itu dengan tegas dan penuh disiplin sehingga layak untuk menerima gelaran “ibu yang jahat” demi melindung anaknya dari rasa kepayahan hidup yang harus dialami dan juga berharap anaknya itu akan membesar menjadi seorang lelaki yang cekal dan berjaya.
Berkat didikan tegas ibunya, Kang Ho yang akhirnya membesar menjadi seorang peguam ternama dengan karakter yang agak dingin.
Sehinggalah suatu hari dia mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandu oleh tunangnya jatuh ke gaung dan ini telah menyebabkan Kang Ho kehilangan ingatannya dan karakternya kembali ke dirinya yang berusia 7 tahun.
Setelah kejadian tersebut, Kang Ho kembali ke rumah ibunya dan berkesempatan sekali lagi menjalani hidup baharu bersama ibunya sekaligus menemukan kebahagiaan yang dilewatkan sebelumnya.
Dalam drama ini, penonton akan disajikan dengan babak-babak penuh emosi yang mengharukan dari seorang ibu yang membina tembok tinggi untuk melindungi dirinya dan anaknya.
Dia hanyalah seorang ibu yang mahukan yang terbaik untuk anaknya dan anak lelakinya pula yang tidak mahu apa-apa kaitan dengannya, sesuai dengan tajuknya seperti yang tersirat dalam namanya.
Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton The Good Bad Mother yang masih berlangsung di Netflix.
Baca Lagi: Love With Flaws, Drama Menarik Untuk Ditonton
Baca Juga: Baeksang 2023-Projek Baru 11 Penerima Anugerah