Home News The Kidnapping Day: 3 Bukti Choi Ro Hee Budak Genius Adalah Mangsa...

The Kidnapping Day: 3 Bukti Choi Ro Hee Budak Genius Adalah Mangsa Ketamakan Orang Dewasa

0

Orang dewasa menjadi contoh untuk anak-anak. Berbeza pula dengan orang dewasa di sekeliling Choi Ro Hee (Yoo Na) dalam Kdrama The Kidnapping Day.

Sewaktu kanak-kanak seusianya asyik bermain, Choi Ro Hee perlu menanggung kesan dan akibat dari ketamakan dan keserakahan pihak yang tidak bertanggung jawab. Hilang ingatan, Choi Ro Hee dihadapkan dengan bermacam-macam masalah.

Kematian ibu bapanya yang mencurigakan membuatnya tidak boleh percaya pada sesiapa pun. Tambahan pula ada orang dewasa yang tidak henti-henti menipunya. Sebab utama nasib malang Choi Ro Hee dalam drama siri The Kidnapping Day adalah sikap orang dewasa yang tidak bijak.

Bagaimanakah sikap tamak dan serakah yang membuatkan hidup kanak-kanak ini menderita? Berikut adalah penjelasannya:

 

1. Dijadikan subjek eksperimen

The kidnapping day Kecerdasan dan kebijaksanaan adalah anugerah. Namun, perkara ini tidak berlaku pada Choi Ro Hee, kanak-kanak genius yang berada pada tahap 0.01 peratus teratas. Di usianya yang baru 11 tahun, dia hidup dengan menanggung dosa orang dewasa.
Choi Ro Hee hanya dianggap sebagai produk penyelidikan dan pelaburan oleh ayahnya dan pasukan penyelidikannya. Mereka menjadikan Choi Ro Hee subjek eksperimen untuk mencipta gen anak-anak genius.

Uji kaji ini menyakitkan Choi Ro Hee, meninggalkan kesan lebam di tubuh badannya hingga membuatkan dia hilang ingatan. Kisah Choi Ro Hee ini menonjolkan tindakan dan peranan orang dewasa yang tidak dilakukan dengan sewajarnya.

Sepatutnya merekalah yang melindungi, sebaliknya mereka yang membuat anak ini merasa tidak selesa dah terancam. Tidak hairanlah, Choi Ro Hee memilih untuk hidup bersama penculik yang menganggapnya sebagai anak sendiri.

 

2. Diculik kerana penculik mahukan wang tebusan

IMG 5998Walaupun Kim Myung Joon (Yoon Kye-sang) tidak sepenuhnya jahat, bukan bererti tindakan menculik kanak-kanak yang dilakukannya boleh dimaafkan. Dia telah menculik Choi Ro Hee, anak kepada keluarga kaya, semata-mata untuk melunaskan bayaran bil hospital anaknya.

Kejahatan terancang ini adalah idea licik isterinya, Seo Hye Eun (Kim Shin Rok). Dia sudah mempertimbangkan tindakannya dan menganggap Choi Ro Hee adalah satu-satunya jalan untuk dia mendapat wang mudah.

Tindakan Kim Myung Joon dan isterinya adalah satu sifat tamak orang dewasa yang berjaya ditampilkan dalam drama ini, walaupun alasan mereka kerana keadaan yang terdesak, perkara itu tetap salah. Tanpa memikirkan kesannya, isteri Kim Myung Joon menjadikan anak di bawah umur sebagai umpan untuk mendapatkan wang.

 

3. Ahli keluarga mementingkan syarikat dan harta berbanding keselamatan Choi Ro Hee

af8156b0 6835 4a16 895b 55eeda22670cMendengar berita anak saudaranya hilang, tidak membuatkan hati Choi Taek Kyun (Woo Ji Hyun) terasa apa-apa. Sebagai bapa saudara mangsa dan satu-satunya ahli keluarga Choi Ro Hee, sepatutnya dia juga membantu proses penyiasatan. Tetapi sayangnya, dia bersikap acuh tak acuh dan menolak untuk bekerja sama dengan pihak polis.

Satu-satunya tindakan yang diambil hanya memberi komen negatif tentang kerja polis. Dia menunjukkan protes kerana polis menyiasat secara terbuka dan melibatkan pihak media tentang kehilangan Choi Ro Hee.
Berita di media mengenai kes Choi Ro Hee dikatakan telah merosakkan reputasi syarikat.

Bagi pihak bapa saudaranya, peristiwa tragis yang dialami Choi Ro Hee adalah rezeki buatnya. Jika Choi Ro Hee tidak ditemui, semua harta abangnya akan jatuh ke tangannya. Ini menjadi bukti kukuh bahawa orang dewasa yang dekat dengan Choi Ro Hee mementingkan harta dari segalanya.

Nasib malang yang dialami oleh Choi Ro Hee dalam The Kidnapping Day membuatkan penonton menyeka air mata. Tidak boleh dinafikan, semua kejadian malang tersebut bermula dari kelalaian dan juga sikap tamak orang dewasa. Dia berkali-kali telah diambil kesempatan untuk menjadi alat mengaut keuntungan. Sangat tragis bukan?

The Kidnapping Day berjumlah 12 episod ini boleh ditonton secara striming di Prime Video sejak 13 September 2023. Penonton boleh menikmati drama siri ini setiap Rabu dan Khamis.

Baca lagi: 5 Fakta Menarik The Kidnapping Day, Thriller Black Komedi Wajib Ditonton
Baca juga: The Kidnapping Day: 3 Teori Pembunuh Sebenar Ibubapa Choi Ro Hee