Drama siri The Kidnapping Day mengisahkan tentang seorang kanak-kanak genius bernama Choi Ro Hee (Yu Na).
Suatu hari, dia diculik oleh Kim Myeong Jun (Yoon Kye-sang). Choi Ro Hee menunjukkan sikap selesa dan merasakan seperti hubungannya dengan penculiknya seperti hubungan antara ayah dan anak dengan Kim Myeong Jun.
Seiring berjalannya waktu yang mereka habiskan bersama, timbul rasa prihatin dan peduli dalam hati Ro Hee pada penculiknya itu. Sebab utama adalah kerana Kim Myeong Jun selama ini selalu melayannya dengan baik dan tulus. Tambahan pula, Ro Hee sudah tidak mempunyai siapa-siapa selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia. Selain itu, keluarga Ro Hee selama ini hanya menjadikannya subjek eksperimen sahaja. Penculiknya menghujaninya dengan kasih sayang.
Bagaimanakah Ro Hee menunjukkan rasa prihatin dan pedulinya terhadal Kim Myeong Jun dalam The Kidnapping Day?
1. Sewaktu menjadi pelarian bersama
Penculiknya, Ro Hee berkali-kali berbohong mengatakan bahawa Kim Myeong Jun adalah ayahnya untuk mengaburi mata polis supaya penculiknya tidak tertangkap
2. Ro Hee membelikan Kim Myeong Jun hadiah sebelum dia bertemu dengan anak kandungnya selepas pembedahan dan menyerahkan diri pada pihak berwajib
Baca juga: The Kidnapping Day: Kang Ha Neul Tampil Sebagai Cameo Dalam Episod Akhir 25 Oktober Ini
3. Ro Hee juga membelikan makan Kim Myeong Jun di restoran kegemarannya. Bahkan, dia sanggup menyewa tempat itu untuk menjamin keselamatan mereka berdua
4. Mengetahui anak Kim Myeong Jun hampir sama umur dengannya, Ro Hee memberikan hadiah anak patung sewaktu menjenguknya di hospital
5. Ro Hee berusaha mencari peguam yang hebat untuk Kim Myeong Joon di mahkamah supaya dia boleh dibebaskan atau tidak dijatuhi hukuman berat
6. Sewaktu berada di rumahnya, Ro Hee memilih bilik untuk Kim Hee Ae (Choi Eun Woo), anak Kim Myeong Jun, jika mereka tinggal bersama nanti
7. Ro Hee berusaha membebaskan Kim Myeong Jun dengan memberikan pembelaan terbaik di mahkamah, dia mengatakan bahawa waktu yang dihabiskan bersama Kim Myeong Jun sangat berharga
8. Ketika Kim Myeong Jun ditahan, Ro Hee memutuskan untuk tinggal bersama Kim Hee Ae dan bahkan dia membiayai perbelanjaan sekolahnya
Kisah Kim Myeong Jun dan Ro Hee berjaya membuatkan para penonton tersentuh. Walau di mata undang-undang, status kedua-duanya adalah penculik dan mangsa. Ternyata hubungan mereka bukan setakat itu sahaja. Kim Myeong Jun tidak berniat menculik Ro Hee. Dia turut merasa sangat bersalah.