Watak Kim Myeong Jun (Yoon Kye-sang) dalam The Kidnapping Day merupakan watak seorang penculik yang sangat berbeza dari penculik kejam yang biasa dipaparkan dalam drama atau filem.
Dalam “The Kidnapping Day”, Myeong Jun mempunyai sifat yang penuh komedi dan sering mengundang gelak tawa. Dia juga baik hati dan cepat berubah menjadi malaikat penyayang buat Choi Ro Hee (Yu Na), gadis kecil yang diculiknya. Selalu sahaja Myeong Jun mengorbankan dirinya hingga mengalami kecederaan demi melindungi Choi Ro Hee.
Disebalik sifat gila-gila yang ditonjolkan, Myeong Jun ternyata mengalami berbagai-bagai nasib malang yang membuatnya selalu merasa putus asa dan tidak berdaya. Tertanya-tanya bukan? Berikut ulasannya!
1. Kim Myeong Jun tidak mempunyai keluarga. Dahulu dia tinggal dan membesar di rumah jagaan anak yatim
2. Dia mendirikan rumah tangga dengan Seo Hye Eun (Kim Shin Rok), kawannya di rumah jagaan anak yatim. Namun, tiga tahun sebelum ini isterinya telah keluar dari rumah dan menghilangkan diri
3. Kim Hee Ae (Choi Eun Woo), anak perempuan Myeong Jun pula menderita penyakit leukimia dan perlu menjalani pembedahan. Myeong Jun mempunyai kesukaran untuk membayar bil hospital kerana dia tidak cukup wang
4. Secara tiba-tiba, isteri Myeong Jun yang telah lama hilang kembali muncul dengan membawa idea untuk melakukan penculikan. Myeong Jun terpaksa menjadi penculik untuk menyelamatkan anaknya
5. Sewaktu ingin meminta wang tebusan, ibu bapa Choi Ro Hee telah meninggal dunia kerana dibunuh dengan sangat kejam. Myeong Jun putus asa kerana dia kini sudah bergelar penculik dan tidak dapat meminta wang tebusan
6. Myeong Jun menjadi buruan pihak polis. Bukan hanya kes penculikan, dia juga disyaki sebagai suspek utama kes pembunuhan ibu bapa Choi Ro Hee
7. Selain itu, Myeong Jun tahu tentang penyelidikan yang menggunakan Choi Ro Hee sebagai subjek utama. Dia kini berhadapan dengan bahaya
8. Myeong Jun juga tidak boleh menemui anak perempuannya yang sakit. Dia perlu melarikan diri kerana diburu oleh pihak polis serta penjahat yang mengancam nyawanya
Kim Myeong Jun pada awalnya terpaksa menculik Choi Ro Hee kerana ingin mendapatkan wang untuk membayar bil hospital anaknya. Sayangnya, Myeong Jun menghadapi berbagai-bagai masalah baru.
Dia juga perlu melindungi Ro Hee yang diculiknya dengan sehabis tenaga dari ancaman pihak penjahat. Anda rasa Kim Myeong Jun boleh mendapat pengakhiran yang baik atau tidak dalam drama siri “The Kidnapping Day” ini?