Home News “The Kidnapping Day” Berakhir Dengan Rating Tinggi

“The Kidnapping Day” Berakhir Dengan Rating Tinggi

0

“The Kidnapping Day” ENA, sebuah Kdrama yang dibintangi oleh pelakon Yoon Kye-sang dan Yuna telah pun sampai ke penghujungnya.

“The Kidnapping Day” berakhir dengan ulasan yang menggalakkan selepas episod 12, yang disiarkan pada 25 Oktober baharu ini.

IMG 0108

Menurut Nielsen Korea, kemuncak “The Kidnapping Day” pada 25 Oktober memperoleh purata rating penonton seluruh negara sebanyak 5.2 peratus, menduduki tempat pertama dalam slot masanya merentas semua saluran kabel dan telah meletakkan rancangan itu di tahap tertinggi sepanjang masa baharu untuk enam episod berturut-turut sejak episod 7.

Tambahan pula, “The Kidnapping Day” juga mencapai rating purata tontonan isi rumah yang paling tinggi antara semua Kdrama yang disiarkan melalui ENA pada tahun 2023 ini.

“The Kidnapping Day” ialah sebuah komedi hitam dan thriller misteri tentang pakatan istimewa antara seorang penculik yang melakukan kesilapan dan seorang gadis genius berusia 11 tahun.

The kidnapping day

Drama siri ini terus menarik perhatian dan sambutan daripada penonton dalam setiap episodnya, sehingga ia membawa kepada ulasan yang menggalakkan sebagai intipati thriller lucu dengan sifat komedi, kemanusiaan, dan misteri yang menarik yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Ia dinilai sebagai drama yang digarap dengan begitu baik sekali dengan jalan cerita yang diperluas dan watak-watak baharu juga dikenalkan berbanding daripada novel asalnya.

Khususnya, hubungan istimewa antara penculik kekok Kim Myeong-jun dan kanak-kanak genius berusia 11 tahun Choi Ro-hee. Perubahan dalam hubungan antara penculik, sasaran penculikan, rakan kerjasama untuk menjejaki kebenaran, dan mereka yang telah melibatkan diri mereka sebagai lebih daripada keluarga antara satu sama lain membuatkan penonton ketawa terhibur dan menangis.

IMG 0107

Di samping itu, sentuhan mengejutkan yang menyelubungi kes pembunuhan itu turut memikat para penonton dengan tarikannya yang sangat hebat.

Persembahan penuh semangat dan sinergi para pelakon juga harus diberi pujian. Transformasi Yoon Kye-sang juga berjaya kali ini. Dia sekali lagi menunjukkan nilai sebenar dengan kebolehannya membawakan pelbagai watak dalam genre yang berbeza.

Park Sung-hoon pula wataknya penuh karisma lembut yang unik, menggandakan minat penonton dengan lakonannya yang ringkas dan halus. Yuna, yang dipilih dalam kadar persaingan 500 berbanding 1, mempamerkan kemahiran lakonan dengan begitu cemerlang, kini menempatkan namanya diantara pelakon berbakat baharu.

Kim Shin-rok yang membawa watak sebagai isteri Kim Myeong-jun turut mempamerkan persembahan memukau dengan menyuntik kelainan dan misteri yang berterusan sehingga ke episod akhir. Selain itu, pelakon-pelakon lain termasuk Kim Sang-ho, Seo Jae-hee, Kang Young-seok, Kim Dong-won, Woo Ji-hyun, dan Jeong Soon-won juga berjaya memberi persembahan cemerlang.

Tahniah kepada semua pelakon dan kru “The Kidnapping Day”!

Sumber: Naver

Baca lagi: The Kidnapping Day: Kang Ha Neul Tampil Sebagai Cameo Dalam Episod Akhir 25 Oktober Ini
Baca juga: 12 Kdrama Seperti Reply 1988, Komedi dan Air Mata Silih Berganti